Fadhlina (tengah) ketika hadir merasmikan Seminar Kepimpinan MADANI: Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS.
Fadhlina (tengah) ketika hadir merasmikan Seminar Kepimpinan MADANI: Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS.

Pendidikan digital, teknologi & AI diperkukuh - Fadhlina

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
18 Apr 2025 09:31am

Pendidikan digital, teknologi dan kecerdasan buatan (AI) akan terus diperkukuhkan sebagai sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam melaksanakan reformasi pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, usaha tersebut akan melibatkan pelbagai peringkat termasuk prasarana, dasar dan pelaksanaan kurikulum akan datang.

"Hari ini saya sampai ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk satu program yang bagi saya cukup signifikan berserta dengan pembentangan resolusi oleh penganjur, yang saya fikir ini menunjukkan komitmen di peringkat pendidikan dan warganya bahawa kepentingan pendidikan digital, teknologi dan AI mesti diambil peluang ketika ini untuk terus diperkukuhkan.

"Jadi bagi pihak KPM, kita memang dalam usaha untuk terus memperkukuhkan ekosistem pendidikan digital, AI dan teknologi melalui pelbagai segmen dan juga peringkat.

"Khususnya tumpuan kita kepada pengukuhan prasarana dan juga melalui Dasar Pendidikan Digital Negara dan juga melihat kepada ketika ini mengukuhkan pelan pengguna pendidikan yang baru dan pelaksanaan kokurikulum yang akan datang," katanya ketika hadir merasmikan Seminar Kepimpinan MADANI: Cakna Pendidikan Digital di Dewan Resital UMS, Kota Kinabalu, Sabah pada Khamis.

No Image Caption

Menurut Fadhlina lagi, aspek ini diberi perhatian penuh bagi memastikan reformasi pendidikan negara selari dengan arus perkembangan teknologi masa kini.

Artikel Berkaitan:

"Ini semua yang terkait rapat dengan pendidikan digital, teknologi, AI yang sedang diberikan tumpuan penuh dalam usaha kita memperkukuhkan reformasi pendidikan dalam negara," katanya.

Dalam masa sama, beliau menegaskan keperluan memperkukuhkan jati diri murid selari dengan kemajuan teknologi.

"Jadi saya rakamkan ucapan tahniah kepada penganjur dan semua rakan-rakan sinergi yang terlibat. Malah dalam ucapan saya tekankan beberapa kali bahawa kepentingan kita bersama dalam memperkukuhkan dan juga meningkatkan jati diri anak-anak kita.

"Di samping berlakunya rempuhan-rempuhan teknologi ini, perkara asas yang paling fundamental iaitu tentang akhlak, nilai mesti terus diperkukuhkan dan sebab itu kita mengambil pendekatan untuk terus memperkukuhkan pendidikan karakter dalam kurikulum yang baru nanti.

"Maksudnya dari segi ekosistem dan prasarana digital ini kita akan perkukuhkan, insya-ALLAH," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp