Perkembangan jumlah keahlian pengakap di negara ini menunjukkan impak positif. - Gambar kredit FB Persekutuan Pengakap Malaysia.
Perkembangan jumlah keahlian pengakap di negara ini menunjukkan impak positif. - Gambar kredit FB Persekutuan Pengakap Malaysia.

Pengakap pergerakan kokurikulum popular di negara ini

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
13 Feb 2023 03:35pm
A
A
A

Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) optimis pergerakan pengakap akan terus menjadi sebuah pergerakan kokurikulum yang terbesar, relevan, popular dan terbaik di negara ini.

Pemangku Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata, perkembangan jumlah keahlian pengakap di negara ini menunjukkan impak positif dengan peningkatan sebanyak 18 peratus keahlian berdaftar pada tahun lalu berbanding tahun 2021.

“Ia memberi penunjuk bahawa pengakap akan terus menjadi pergerakan kokurikulum yang terbesar, relevan, popular dan terbaik.”

“Bahkan, kita berharap jumlah keahlian pengakap akan terus meningkat pada masa depan,” katanya ketika menyampaikan perutusan Tahun Baharu 2023 baru-baru ini.

Mohd Zin turut menyarankan agar ahli pengakap menggunakan pendekatan hibrid dalam melaksanakan program, perjumpaan dan ujian berkaitan kepengakapan.

Beliau menjelaskan, langkah itu bagi meningkatkan jumlah penerima anugerah dalam kalangan ahli pengakap.

Artikel Berkaitan:

Mohd Zin. - Gambar kredit FB Persekutuan Pengakap Malaysia.
Mohd Zin. - Gambar kredit FB Persekutuan Pengakap Malaysia.

“Pandemik Covid-19 telah membawa kesan ketara dalam pelaksanaan aktiviti kepengakapan. Ia termasuk proses perolehan lencana, Anugerah Rambu, Anugerah Pengakap Raja, Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda, Anugerah Scout of The World Award dan Anugerah Manikayu.

“Pelbagai inisiatif telah diambil oleh pemimpin-pemimpin di pelbagai peringkat untuk memastikan jumlah penerima anugerah-anugerah tersebut dapat dipertingkatkan.

“Kita telah beralih kepada penggunaan teknologi untuk menjalankan program, webinar, ujian, mesyuarat dan majlis rasmi tanpa bersemuka,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, proses penyediaan draf Perlembagaan PPM dan pengemaskinian Policy Organisation and Rules (POR) sedang dilaksanakan.

“Perlembagaan PPM yang kemas dan mantap akan memperkukuhkan lagi tadbir urus dan memperkasa organisasi ke tahap lebih tinggi.

“Pelbagai aktiviti dan program bagi memperkasa PPM ke tahap dunia telah dan akan terus dilaksanakan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok