jps3
Pengarah Pendidikan Negeri Selangor tinjau operasi PPV MSU
SELANGOR - Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Anismah M. Noh, berpuas hati dengan persiapan dan operasi yang telah dilakukan Management and Science University (MSU) dalam menguruskan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) untuk program vaksinasi Covid-19 murid-murid berusia 16 dan 17 tahun bagi daerah Petaling Utama.
Beliau berkata demikian setelah melakukan tinjauan PPV MSU di Dewan Canselor, Shah Alam, di sini hari ini.
Beliau yang ditemani Presiden dan Pengasas MSU, Prof Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid turut memberitahu, hampir 140,000 murid-murid berusia 16 dan 17 tahun di Selangor akan mendapat vaksin bermula hari ini.
Tambahnya, ia adalah sebagai satu langkah persediaan kepada pembukaan sekolah secara bersemuka kelak.