moren-hsu-VLaKsTkmVhk-unsplash
moren-hsu-VLaKsTkmVhk-unsplash

Penggunaan lokar di sekolah, langkah terbaik atau sebaliknya?

Adlan Farhan Azwan
06 Sep 2022 05:42pm
A
A
A

Sejak kebelakangan ini, isu penggunaan lokar di sekolah sering menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan ibu bapa serta warga pendidikan.

Ia merupakan salah satu penyelesaian kepada masalah beg berat yang telah lama membelenggu murid-murid terutamanya di sekolah rendah.

Sehubungan itu, Menteri Kanan Pendidkan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin memaklumkan fasa pertama pemasangan lokar akan bermula hujung bulan ini dan ditumpukan kepada sekolah yang mempunyai dua sesi.

“Pemasangan lokar terbabit bakal dimulakan pada penghujung bulan ini.

“Menjelang Oktober, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) akan cuba ikhtiar supaya semua perolehan tu sampai dan dipasang di sekolah,” kataya ketika menghadiri Majlis Libat Urus Bersama Editor Kanan di Putrajaya, baru-baru ini.

Namun, adakah penggunaan lokar di sekolah merupakan satu jalan penyelesaian terbaik dan seterusnya mengatasi masalah beg berat yang sentiasa membebani murid-murid atau sebaliknya?

Sehubungan itu, Sinar Bestari ingin berkongsi dengan anda tentang kebaikan dan keburukan penggunaan lokar di sekolah yang perlu diketahui para ibu bapa dan warga pendidikan.

Kebaikan penggunaan lokar sekolah

1. Elak sakit tulang belakang

Perkara utama yang menjadi kebimbangan para ibu bapa adalah keselamatan serta kesihatan anak-anak mereka. Apabila murid-murid membawa beg berat, kebarangkalian seseorang murid mengalami sakit tulang belakang amat tinggi. Sebaik-baiknya, beg sekolah tidak melebihi 10 hingga 15 peratus daripada berat murid tersebut.

Dengan adanya lokar, murid-murid boleh meletakkan buku-buku teks, pakaian kokurikulum, alat tulis yang berat dan tidak perlu membawanya ke rumah.

2. Keselamatan barang-barang

Dalam satu hari, jadual murid-murid sering kali padat dengan pelbagai aktiviti serta program pembelajaran. Ini bermakna, mereka akan cenderung untuk meninggalkan beg mahupun barang-barang mereka sama ada di dalam kelas atau di sekitar kawasan sekolah tanpa pengawasan. Lokar dapat menyediakan ruang yang selamat untuk menyimpan barang-barang peribadi serta mengurangkan kebimbangan ibu bapa dan murid-murid akibat kes kecurian.

Keburukan penggunaan lokar di sekolah

1. Penyimpanan bahan terlarang

Sepertimana negara-negara luar mahupun sekolah persendirian yang menggunakan lokar, salah satu kebimbangan utama adalah penyimpanan bahan terlarang. Ia termasuklah, rokok, pisau, mancis, mercun dan telefon bimbit. Oleh itu, pemeriksaan lokar murid-murid perlu dilaksanakan secara berkala oleh pihak sekolah bagi memastikan mereka tidak menyalahgunakan kemudahan itu.

2. Kos-kos menyelenggara

Masalah lokar berkarat, kerosakan atau kehilangan kunci dan vandalisme pasti akan berlaku. Jadi, lokar juga perlu diselenggara seperti kemudahan yang lain. Pihak sekolah perlu mencari jalan supaya kos-kos penyelenggaraan dapat ditampung dan seterusnya memastikan murid-murid dapat memanfaatkan penggunaan lokar dengan sebaik mungkin.

Artikel berkaitan

Guna teknologi dan gajet, dapat pelbagaikan kaedah PdP dan atasi masalah beg berat

Beg roda dan beg silang bukan pilihan baik untuk murid sekolah

Penyediaan lokar di sekolah dibuat secara berfasa - KPM


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok