236175 (1)
236175 (1)

webadmin
09 Nov 2021 10:24am
A
A
A

PUTRAJAYA- Penjawat awam di Kementerian Pendidikan dipercayai paling ramai belum mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut, beliau berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ketika ini masih mengemas kini data penjawat awam yang masih belum divaksinasi dan proses itu dijangka selesai dalam tempoh dua minggu lagi.

BACA JUGA: Bergelar guru seawal usia 19 tahun, Cikgu Amirullah raih pelbagai anugerah peringkat kebangsaan dan antarabangsa

BACA JUGA:Guru dan pelajar, ini sejarah penciptaan kereta yang perlu anda tahu

Katanya JPA sedang memadankan data-data mereka yang belum divaksinasi menggunakan Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) dan aplikasi MySejahtera daripada Kementerian Kesihatan (KKM).

“Setakat hari ini, data sedang dikemas kini dan JPA akan padankan balik apakah alasan-alasan yang diberikan untuk mereka dikecualikan daripada vaksinasi.

“Alasan yang diberikan ini kemudiannya akan dirujuk oleh setiap ketua jabatan… jadi ketua jabatan perlu turun ke bawah melihat dan memahami apa alasan  yang diberikan untuk tidak divaksinasi,” katanya ketika ditemui selepas Program #KeluargaMalaysiaSiagaBencana sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2021 di sini hari ini.

JPA dalam pekeliling sebelum ini mewajibkan penjawat awam termasuk guru untuk mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi sebelum 1 Nov, atau mereka boleh berdepan tindakan tatatertib termasuk dibuang kerja.

BACA JUGA: QS Asia University Rankings 2022: UKM kini 5 peratus terbaik Asia

BACA JUGA: Bentuk pewaris bola sepak negara. Zaquan Adha sarankan mula latihan seawal usia

Pada 1 Nov lepas, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata pengurusan sekolah dibenar memeriksa sijil vaksinasi guru serta merta bagi memastikan tiada guru yang culas dalam mematuhi pekeliling dikeluarkan JPA yang mewajibkan pengambilan vaksin dalam kalangan penjawat awam.

Mohd Khairul Adib berkata setakat ini, tiada tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang enggan menerima vaksin COVID-19.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

“Kita faham, ada yang khuatir, takut terima vaksin, dan ada yang tak boleh terima kerana mereka pesakit kanser, baru lepas bersalin dan dijangkiti COVID-19. Kumpulan ini diberi pengecualian,” katanya.

Beliau berkata ketua jabatan juga perlu membuat keputusan yang baik berhubung isu berkenaan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terhadap masyarakat tidak terjejas.

“Kadang-kadang ketua jabatan terpaksa bertegas kerana perlu perkhidmatan yang ada, tidak terjejas,” katanya. - BERNAMA

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Artikel Berkaitan