Screenshot (17)
Screenshot (17)

Penubuhan Unit Perkhidmatan OKU di 20 universiti awam - KPT

Adlan Farhan Azwan
08 Dec 2021 04:47pm
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dalam usaha Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memastikan agar kebajikan dan pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) dapat dilaksanakan dengan tuntas, KPT telah memastikan 20 universiti awam menubuhkan unit perkhidmatan sokongan permekasaan dan juga kebajikan OKU.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad, ia merupakan antara inisiatif bagi memastikan pelajar dan kakitangan OKU di universiti berkenaan mempunyai sokongan dan perkhidmatan khusus bagi memelihara kesejahteraan dan kebajikan golongan tersebut.

“Unit ini terletak di bawah seliaan Naib Canselor di universiti masing-masing dan sebarang arahan daripada pihak kementerian disalurkan melalui pengurusan tertinggi universiti awam.

BACA JUGA: KPT hasilkan 50,000 usahawan sepanjang 2020 – Noraini

BACA JUGA: Pelan baharu tentukan hala tuju UPM pada masa hadapan

“Selain itu, dasar keprihatinan dan pengurusan kebajikan pelajar OKU di politeknik dan kolej komuniti tidak diketepikan malah KPT mengarahkan hal berkaitan OKU diselia dan diselaraskan di bawah pengurusan Jabatan Hal Ehwal Pelajar di institusi berkenaan," jelas beliau.

Kenyataan dibuat bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh Senator Datuk Ras Adiba Radzi yang bertanya tentang jumlah institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah menubuhkan Unit Perkhidmatan OKU serta apakah tindakan yang diambil oleh Kementerian untuk memastikan semua IPT mengikut arahan pihak Kementerian.

Ahmad Masrizal turut berkata, KPT telah menyalurkan peruntukan pembangunan sebanyak RM51.04 juta untuk membaik pulih, menaik taraf dan menyediakan infrastruktur penuntut OKU di IPT awam seluruh negara bagi tempoh 2015 hingga 2021.

Ikuti GPSBestari di Twitter dan Facebook

“Ia merupakan tanda sokongan dan komitmen untuk memperkasa mahasiswa OKU, pihak kementerian melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) sentiasa menyokong program serta aktiviti yang dilaksanakan.

"Namun permohonan untuk peruntukan bagi pelaksanaan program ini perlu dibuat secara berterusan mengikut keperluan," katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok