Seramai 4,057 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan STAM 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 3, 6, 10, 12 dan 13 Februari depan.
Seramai 4,057 calon berdaftar akan menduduki peperiksaan STAM 2024 yang dijadualkan berlangsung pada 3, 6, 10, 12 dan 13 Februari depan.

Peperiksaan STAM 2024 bermula 3 hingga 13 Februari

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Jan 2025 09:48am

Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2024 akan dilaksanakan pada 3, 6, 10, 12 dan 13 Februari depan, melibatkan seramai 4,057 calon berdaftar.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan, peperiksaan itu akan dijalankan di 132 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Katanya, seramai 926 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan.

"KPM mengingatkan semua calon agar merujuk jadual waktu peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi sepanjang peperiksaan berlangsung.

"Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun dari laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) melalui pautan lp.moe.gov.my.

"Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan, selain mematuhi prosedur operasi standard dan peraturan yang ditetapkan bagi memastikan kelancaran pengurusan pengendalian peperiksaan itu," maklum KPM.

Sementara itu, KPM juga cakna dengan keselamatan dan kebajikan calon serta semua petugas peperiksaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana termasuk banjir sepanjang STAM 2024 berlangsung.

Malah, mereka juga sentiasa siap siaga dengan mekanisme dan langkah persediaan sewajarnya termasuk bekerjasama dengan agensi kerajaan lain yang berkaitan.

Artikel Berkaitan:

Sambung KPM lagi, semua calon peperiksaan STAM dinasihatkan untuk memaklumkan kepada pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dengan segera sekiranya tidak dapat hadir di pusat peperiksaan yang telah ditetapkan atau mana-mana pusat peperiksaan berhampiran disebabkan oleh bencana.

Pada masa sama, para pelajar juga boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan yang disediakan di ibu pejabat LP dan JPN di seluruh negara.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp