Perkataan 'alamak' dan 'terror' dalam OED membuktikan bahawa bahasa dan budaya Malaysia semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Foto: Wikipedia
Perkataan 'alamak' dan 'terror' dalam OED membuktikan bahawa bahasa dan budaya Malaysia semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa. Foto: Wikipedia

Perkataan 'alamak' & 'terror' kini dalam Kamus Inggeris Oxford

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
23 Apr 2025 10:40am

Bahasa Melayu sekali lagi mencipta sejarah apabila beberapa istilah tempatan yang kerap digunakan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dan Singapura kini diiktiraf secara rasmi dalam Kamus Inggeris Oxford atau Oxford English Dictionary (OED).

Dalam kemas kini terbaharu oleh Oxford University Press, perkataan alamak tersenarai sebagai salah satu penambahan paling menarik.

Interjeksi (kata seru) ini cukup sinonim dengan ekspresi kejutan, rasa kecewa atau terkejut secara spontan iaitu sesuatu yang sering kita dengar dalam perbualan harian masyarakat Malaysia.

Perkataan berkenaan berasal daripada Bahasa Melayu dan dipercayai ada kaitan dengan istilah Arab seperti ala (bermaksud tertinggi) atau ALLAH, serta mungkin dipengaruhi oleh frasa Portugis seperti Mãe de Deus (Mother of God).

Satu lagi perkataan menarik ialah terror di mana dalam konteks Bahasa Inggeris Malaysia dan Singapura membawa maksud hebat atau cemerlang.

No Image Caption

Kemasukan perkataan-perkataan ini dalam OED membuktikan bahawa bahasa dan budaya Malaysia semakin mendapat tempat di peringkat antarabangsa.

Ia juga mencerminkan kepelbagaian linguistik yang menjadi kekuatan utama negara di samping membuka ruang kepada generasi muda untuk berasa lebih bangga menggunakan dan memelihara bahasa ibunda mereka.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, beberapa istilah makanan tempatan telah diiktiraf dalam OED antaranya ketupat (1886), otak-otak (1929), nasi lemak (1935) dan kaya toast (1989).

Turut tersenarai, makanan yang telah diInggeriskan seperti fish head curry (1972) dan steamboat (1960).

Seterusnya, budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia turut mendapat pengiktirafan apabila perkataan mat rempit (2004) dan tapau (1997) dimasukkan dalam senarai.

No Image Caption

Mat rempit merujuk kepada pelumba motosikal haram manakala tapau bererti membungkus makanan untuk dibawa pulang.

Untuk info, OED merupakan salah satu kamus paling terkenal, dihormati dan lengkap dalam dunia bahasa Inggeris.

Ia diterbitkan oleh Oxford University Press dan dianggap sebagai sumber rujukan utama dalam memahami makna, asal-usul dan penggunaan perkataan dalam bahasa itu.

Kamus tersebut mempunyai ciri-ciri yang sangat lengkap dan setiap perkataan disertakan dengan definisi, penggunaan sebenar, asal-usul (etimologi) serta contoh ayat dari pelbagai zaman.

No Image Caption

OED sentiasa dikemas kini merangkumi perkataan baharu, istilah moden dan slanga dari semasa ke semasa.

Kamus paling terkenal ini mengandungi dua versi iaitu cetak dan digital (tersedia secara dalam talian melalui langganan dan boleh dicari dengan mudah).

Sumber: berita.mediacorp

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp