Perluaskan program Smart Classroom ke seluruh negara, ini harapan Menteri KPWKM
Perluaskan program Smart Classroom ke seluruh negara, ini harapan Menteri KPWKM

Perluaskan program Smart Classroom ke seluruh negara, ini harapan Menteri KPWKM

Meen Tahrin
02 Apr 2021 04:32am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) berharap agar projek 'Smart Classroom' dapat diperluaskan ke seluruh negara terutamanya di sekolah-sekolah yang mempunyai murid dari golongan B40.

Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata dengan 'Smart Classroom', bilik darjah dilengkapi peralatan elektronik merangkumi Unit Pemprosesan Pusat (CPU), projektor dan interaktif  'whiteboard'  untuk tujuan pengukuhan dan pemantapan pembelajaran serta pengajaran.

"Saya akan suarakan kepada Kementerian Pendidikan agar program ini dapat diperluaskan dan murid beroleh manfaat dari penggunaan teknologi terkini dalam bilik darjah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Smart Classroom sekolah-sekolah Rendah Parlimen Titiwangsa, bersempena Program Malaysia Prihatin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, 19 sekolah di kawasan parlimen berkenaan, yang 50 peratus daripada muridnya adalah daripada keluarga B40, telah dilengkapi dengan peralatan 'Smart Classroom' sejak tahun lepas.

Rina berkata, secara keseluruhannya, 114 bilik darjah, iaitu enam kelas untuk setiap sekolah telah dipasang dengan fasiliti 'Smart Classroom' itu yang bernilai RM2.85 juta.

“Dalam mendepani norma baharu, dunia digital menjadi tuntutan pelbagai aspek kehidupan termasuklah bidang pendidikan dan atas kesedaran itu, sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa, saya usahakan 'Smart Classroom' seiring dengan arus teknologi dalam dunia pendidikan.

"Dengan adanya 'Smart Classroom' ini, ia dapat menyuntik semangat, mewujudkan murid yang kreatif dan kritis, mengurangkan kadar ponteng sekolah murid serta dalam masa sama dapat membantu guru dalam pengajaran dengan menggunakan teknologi moden," katanya - BERNAMA

Artikel menarik

12 perkara elak tekanan, Guru Perpustakaan dan Media mohon hadam

17 adab yang perlu guru-guru amalkan, ikuti perkongsian Dr Mohd Hasrul

 

 


 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok