CATUR-SINARBESTARI-2023 (3)
CATUR-SINARBESTARI-2023 (3)

Permata catur SMK Saujana Utama, timba pengalaman berharga di Romania

nadzarul.amir
20 Jan 2023 07:10pm
A
A
A

Peluang mewakili negara dalam apa jua bidang merupakan satu penghormatan yang tidak ternilai.

Kejohanan Catur Remaja Dunia yang diadakan di Constanta, Romania pada September tahun lalu memahat pengalaman berharga bagi dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Biarpun, tidak meraih sebarang pingat, Azraa Adeline Azman Mohd Azamanizam dan Uzair Sahar masing-masing berusia 14 tahun boleh berbangga kerana mereka membawa Jalur Gemilang sehingga pentas dunia.

Azraa Adeline bersaing dalam kategori perempuan 14 tahun itu berkata, dia sangat teruja apabila julung kali mewakili negara pada kejohanan antarabangsa.

"Kejohanan di Romania merupakan kali pertama saya mewakili negara malah dapat menimba pengalaman baharu apabila dapat bersaing bersama peserta-peserta luar negara.

"Saya dapati senario di luar negara amat berbeza berbanding di Malaysia kerana catur agak popular terutama di Romania," katanya yang mula menyertai kejohanan domestik ketika berusia 9 tahun.

Azraa Adeline sentiasa menjalani latihan dalam mempertajam kemahiran catur.

Atlet catur itu memberitahu, dia juga dapat bertukar-tukar pendapat mengenai strategi dan latihan dengan para peserta luar negara yang lebih berpengalaman.

Ujar anak tunggal yang mewakili negeri Selangor pada Majlis Sukan-Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) pada tahun 2021 itu, melalui pengalaman berkenaan, dia dapat mempelajari kesilapan-kesilapan yang dilakukan sepanjang kejohanan.

"Saya berharap dapat terus membanggakan negara pada pertandingan-pertandingan masa depan," katanya yang pernah meraih pingat perak pada Kejohanan Catur Asia Timur, Thailand pada tahun 2021 dalam kategori perempuan 14 tahun.

Dalam pada itu, Uzair memberitahu, dia sangat gembira kerana latihan berterusan membuahkan hasil apabila dapat mewakili negara di Romania.

Uzair merupakan atlet terbaik negara terbuka Penang 2022 kategori blitz.

"Ia merupakan kali pertama saya mewakili negara dan pengalaman cukup berharga dalam karier atlet catur.

"Saya juga memperoleh pendedahan mengenai peserta-peserta luar negara yang lebih berpengalaman dalam sukan catur," katanya yang merupakan Johan terbuka negeri Pahang Piala Kotasas tahun 2022 kategori Rapid.

Uzair juga merupakan johan kategori terbuka Piala Ahli Parlimen Shah Alam 2022 dan kategori terbuka Piala Ahli Parlimen Kuala selangor 2022 serta atlet terbaik negara terbuka Penang 2022 kategori blitz.

Artikel berkaitan

Bertubuh kecil tetapi pensyarah UM hebat bemain catur

Dijangkiti Covid-19, influenza, bukan halangan raih kejuaraan dalam catur

6 tip jadi pemain catur


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok