sarah mssd
sarah mssd

Dijangkiti Covid-19, influenza, bukan halangan raih kejuaraan dalam catur

Rasyidah Zulkifi
04 Aug 2022 05:44pm
A
A
A

Biarpun dijangkiti virus Covid-19 dan influenza (ILI), seminggu sebelum kejohanan, bariasan atlet Sekolah Rendah Agama Integrasi Taman Keramat (SRAITK), Kuala Lumpur berjaya meraih tempat pertama dalam Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Catur 2022.

Sejak 2019 hingga kini, SRAITK mengekalkan kejuaraan dalam sukan catur selama empat tahun berturut-turut.

Menurut Ahmad Farhan, impian untuk mendapat tempat pertama dalam MSSD Catur 2022 telah menjadi kenyataan.

“Kejayaan ini menjadi lebih manis kerana kami juga berjaya menjuarai kategori perempuan, kategori lelaki berkumpulan dan kategori perempuan berkumpulan.

“Saya sangat bersyukur kerana ALLAH kurniakan rezeki sekali lagi mengharumkan nama SRAITK sebagai juara keseluruhan selama empat tahun berturut-turut.

“Saya rasa bertuah kerana ibu dan ayah sentiasa mendoakan kejayaan saya, memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi dan percaya dengan kebolehan saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Bestari, baru-baru ini.

Sarah Nashwa (paling kiri) menjadi juara dalam acara catur kategori perempuan 12 tahun berkumpulan.

Sementara itu, Sarah Nashwa, berkata, segala usaha dan penat lelah sebelum menghadapi pertandingan catur telah dibalas oleh ALLAH.

“Usai diumumkan sebagai juara kategori perempuan bawah 12 tahun, saya berasa amat terkejut dan gembira. Keterujaan untuk berada di atas pentas melonjak-lonjak.

“Kemenangan ini telah membuatkan saya untuk terus konsisten bermain catur dalam banyak pertandingan dan berusaha untuk mengekalkan gelaran juara itu buat kali yang seterusnya.

“Ibu bapa saya turut berasa gembira dan bangga atas pencapaian saya. Sedikit sebanyak saya dapat membalas segala pengorbanan mereka dengan kejayaan yang saya kecapi ini,” katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Info:

Seramai enam murid dan enam alumni SRAITK telah terpilih dalam MSSD Gombak bagi kategori lelaki bawah 12 tahun dan perempuan bawah 12 tahun.

12 peserta ini akan menghadapi Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN) yang bakal berlangsung minggu depan bermula 9 Ogos 2022.

Artikel berkaitan

6 tip jadi pemain catur

“Bergelar OKU bukan penghalang untuk berjaya” – Graduan UKM

Dijangkiti Covid-19 ketika SPM, hikmah buat Alyssa raih keputusan cemerlang


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok