HomeGen ZPengumuman! Permohonan calon guru lepasan SPM bakal dibuka 15 Mac ini

Artikel Berkaitan

Pengumuman! Permohonan calon guru lepasan SPM bakal dibuka 15 Mac ini

CYBERJAYA – Pengambilan calon guru tajaan Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC) akan dibuka pada 15 Mac ini.

Dalam satu kenyataan, PISMP memaklumkan permohonan tersebut hanya layak dipohon lulusan Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) 2019, 2020 dan 2021.

Baca juga

Guru interim Bahasa Inggeris bakal dilantik tetap PPP Gred DG41

“Kami bukan guru yang berprestasi lemah” – Cikgu Norazri

“Pengecualian bagi program PPC, calon yang tertakluk dalam pengambilan adalah mereka yang menduduki SPM 2021.

“Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://pismp.moe.gov.my/ sebelum tarikh tutup pada 15 April depan,” rujuk kenyataan itu.

Dalam pada itu, pengajian akan diadakan dalam mod sepenuh masa bagi kedua-dua program yang ditawarkan.

Bagi calon PISMP, mereka akan menduduki satu tahun tempoh persediaan dan empat tahun ijazah.

PPC pula, calon akan belajar selama empat tahun di universiti luar negara kemudian mereka akan mengambil Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dalam masa satu tahun.

Perbezaan utama PISMP dan PPC ialah dari segi syarat, lepasan SPM mesti cemerlang dalam lima mata pelajaran jika ingin mengambil PISMP.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Manakala, syarat minimum bagi PPC ialah cemerlang dalam tujuh mata pelajaran SPM.

Sebarang maklumat lanjut boleh e-mel ke [email protected] atau hubungi di talian 03-83126631 .

 

Artikel Terkini