Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor antara politeknik menawarkan program Sarjana Muda Politeknik sesi akademik satu 2023/24.
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor antara politeknik menawarkan program Sarjana Muda Politeknik sesi akademik satu 2023/24.

Permohonan kemasukan program Sarjana Muda Politeknik sesi akademik satu 2023/2024 kini dibuka

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
16 May 2023 04:20pm

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) membuka permohonan kemasukan ke program Sarjana Muda Politeknik sesi akademik satu 2023/24.

Menurut laman rasmi Facebook KPT, permohonan berkenaan terbuka kepada pelajar lepasan Diploma Politeknik yang telah tamat latihan industri serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan.

"Terdapat tujuh program yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Reka Bentuk Dalam Komunikasi Visual dan Media Baharu dengan Kepujian; Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Pengurusan Rangkaian Bekalan) dengan Kepujian; Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti dengan Kepujian; Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik dengan Kepujian; Sarjana Muda teknologi Kejuruteraan Awam dengan Kepujian; Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (rekabentuk Automotif) dan Sarjana Muda Sains Kepujian Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti.

"Ia melibatkan Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang Johor; Politeknik Ungku Omar, Ipoh, Perak; Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor dan Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, permohonan boleh dibuat melalui portal http://ambilan.mypolycc.edu.my bermula 15 Mei lalu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 019-8683738 (whatsapp sahaja), 03-88883837, 03-88919341 dan 03-88919117 atau e-mel kepada jppkk.ambilan@mohe.gov.my.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp