Permohonan kemasukan Tahun Satu dibuka
Permohonan kemasukan ke Tahun Satu bagi sesi persekolahan 2024 dan 2025 boleh dibuat secara dalam talian bermula 2 Mei hingga 30 Jun 2023.
Ibu bapa yang mempunyai anak dilahirkan pada tahun 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018 boleh mula membuat pendaftaran melalui Model Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu Kementerian Pendidikan (KPM) atau (MOEIS).
Sinar Bestari juga ingin mengingatkan ibu bapa supaya peka dan memberi perhatian kepada tarikh penting ini agar anak-anak dapat didaftarkan dan ditempatkan di sekolah yang dipohon.
Sehubungan itu, Sinar Bestari kongsikan langkah pendaftaran anak-anak bagi memasuki Tahun Satu kelak.
Langkah pendaftaran
1) Pendaftaran kali pertama hendaklah dibuat melalui idMe oleh ibu bapa atau penjaga
2) Ibu bapa atau penjaga boleh klik pada pautan https://idme.gov.my
3) Pilih modul pengurusan awam
4) Isi atau kemas kini Pengurusan Profil yang terdiri daripada maklumat peribadi, maklumat pasangan serta maklumat anak
5) Klik tambah anak atau jagaan dan kemas kini (jika belum wujud)
6) Setelah selesai di modul Pengurusan Profil, pilih Permohonan Kemasukan
7) Klik Permohonan Kemasukan ke Tahun Satu KPM tahun 2024
8) Jika telah mendaftar sebelum ini menggunakan link https://public.moe.gov.my hanya perlu kemas kini maklumat permohonan