Permohonan MRSM 2025 kini dibuka
Permohonan kemasukan pelajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tingkatan Satu dan Empat sesi 2025, kembali dibuka oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Menerusi hantaran di Facebook pada Selasa, Mara memaklumkan, permohonan itu boleh diisi mulai 6 ogos hingga 6 September 2024.
“Kami (Mara) mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.
“Kepada yang berminat, permohonan secara dalam talian boleh dilakukan menerusi pautan: https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/,” catat Mara.
Terdahulu, MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Terdapat 55 MRSM di Malaysia di mana 48 buah di Semenanjung Malaysia dan tujuh lagi di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak).
1) MRSM Alor Gajah, Melaka
2) MRSM Arau, Perlis
3) MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
4) MRSM Batu Pahat, Johor
5) MRSM Beseri, Perlis
6) MRSM Besut, Terengganu
7) MRSM Betong, Sarawak
8) MRSM Baling, Kedah
9) MRSM Bentong, Pahang
10) MRSM Felda, Pahang
11) MRSM Gerik, Perak
12) MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
13) MRSM Johor Bahru, Johor
14) MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
15) MRSM Kuala Berang, Terengganu
16) MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
17) MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
18) MRSM Kubang Pasu, Kedah
19) MRSM Kuantan, Pahang
20) MRSM Kuching, Sarawak
21) MRSM Langkawi, Kedah
22) MRSM Lenggong, Perak
23) MRSM Melaka, Melaka
24) MRSM Merbok, Kedah
25) MRSM Muadzam Shah, Pahang
26) MRSM Muar, Johor
27) MRSM Mukah, Sarawak
28) MRSM Mersing, Johor
29) MRSM Pasir Salak, Perak
30) MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
31) MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
32) MRSM Pontian, Johor
33) MRSM Pulau Pinang, Pulau Pinang
34) MRSM Raja Melewar, Negeri Sembilan
35) MRSM Serting, Negeri Sembilan
36) MRSM Seremban, Negeri Sembilan
37) MRSM Sg. Besar, Selangor
38) MRSM Sultan Azlan Shah, Perak
39) MRSM Sultan Ismail, Kelantan
40) MRSM Sultan Mahmud, Terengganu
41) MRSM Taiping, Perak
42) MRSM Terendak, Melaka
43) MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
44) MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
45) MRSM Tun Ghazali Shafie, Pahang
46) MRSM Tun Hussein Onn, Johor
47) MRSM Tun Mustapha, Sabah
48) MRSM Ulul Albab, Melaka
49) MRSM Balingian, Sarawak
50) MRSM Kota Kinabalu, Sabah
51) MRSM Kota Putra, Terengganu
52) MRSM Sandakan, Sabah
53) MRSM Transkrian, Pulau Pinang
54) MRSM Premier, Johor Bahru
55) MRSM Sains Kuala Berang, Terengganu