Inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan RPM 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun depan. - Gambar hiasan
Inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan RPM 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke tahun satu secara sukarela tahun depan. - Gambar hiasan

Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM

01 Feb 2026 12:20am

Permohonan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 secara lantikan kontrak atau Contract of Service (CoS) akan dibuka dari 2 hingga 20 Mac ini bagi memenuhi keperluan guru seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, hebahan rasmi pengambilan akan dibuat pada 23 Feb manakala proses saringan dan temu duga dijadualkan dari 27 April hingga 14 Mei dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Beliau berkata, inisiatif pengambilan guru besar-besaran itu sebahagian persiapan awal Kementerian Pendidikan (KPM) bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 selain menyokong kemasukan kanak-kanak enam tahun ke Tahun Satu secara sukarela tahun hadapan.

"KPM komited memastikan keperluan tenaga pengajar yang mencukupi serta meningkatkan mutu pendidikan negara sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI," katanya dalam kenyataan.

Bagi memastikan tahap kompetensi guru terpelihara, Mohd Azam berkata, calon yang terpilih diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan sebelum ditempatkan di sekolah.

"Inisiatif ini cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia," katanya. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Permohonan pengambilan 20,000 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 akan dibuka dari 2 hingga 20 Mac
  • Hebahan rasmi pengambilan dibuat pada 23 Feb, proses saringan dan temu duga dari 27 April hingga 14 Mei
  • Inisiatif pengambilan guru sebahagian daripada persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035
  • KPM komited meningkatkan mutu pendidikan negara sejajar dengan agenda Kerajaan MADANI
  • Calon yang terpilih diwajibkan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru KPM sebelum ditempatkan di sekolah
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp