No Image Caption

Perpustakaan Selangor tarik diri Pesta Buku Frankfurt 2023, solidariti buat Palestin

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
18 Oct 2023 03:58pm
A
A
A



Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan ini berpendirian untuk menarik diri daripada menyertai Pesta Buku Frankfurt 2023.

Perkara tersebut dinyatakan menerusi satu kenyataan media baru-baru ini.

“Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kenyataan rasmi daripada penganjur Frankfurter Buchmesse mengenai konflik Palestin-Israel.

“Pesta buku sepatutnya menjadi medan neutral dan tidak condong kepada mana-mana agenda politik serta sebaliknya perlu menanamkan sifat kesatuan dan keadilan dalam ekosistem industri,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Selain Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Pendidikan (KPM) turut mengambil keputusan yang sama.

Menurut Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira sikap pro-Israel serta sokongan terbuka daripada pihak penganjur terhadap republik berkenaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok