Emran (empat dari kanan) bersama Mohamad Farhan (tiga dari kiri) dan Raja Ahmad Shahrir (dua dari kanan) yang mewakili KPS Berhad dan PNSB sekali gus memberi sumbangan kepada kejohanan tersebut . Turut hadir Jafri (tiga dari kanan) dan Hashim (kiri). - JURUFOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Emran (empat dari kanan) bersama Mohamad Farhan (tiga dari kiri) dan Raja Ahmad Shahrir (dua dari kanan) yang mewakili KPS Berhad dan PNSB sekali gus memberi sumbangan kepada kejohanan tersebut . Turut hadir Jafri (tiga dari kanan) dan Hashim (kiri). - JURUFOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Piala Datuk Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor cungkil bakat muda dalam sukan bola sepak

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
21 Aug 2023 10:09am

Dunia bola sepak di Selangor kembali meriah apabila Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari (edisi kesembilan) dan Piala Raja Muda Selangor (edisi ke-34) bakal diadakan awal September depan.

Menurut Pengerusi Pengelola Kejohanan, Datuk Emran Kadir, sebanyak 32 pasukan bawah 12 tahun akan bertanding pada 7 hingga 30 September 2023 bagi merebut gelaran juara Piala Raja Muda Selangor.

Manakala 64 pasukan pula akan bersaing sesama sendiri untuk menjuarai Piala Datuk Mokhtar Dahari bagi dua kategori yang dipertandingkan iaitu bawah 15 tahun (32 pasukan) dan bawah 18 tahun (32 pasukan).

Emran berkata, Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Mokhtar Dahari dan Piala Raja Muda Selangor diilhamkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang prihatin dengan perkembangan sukan bola sepak di negeri itu.

“Hasrat daripada Tuanku Sultan Sharafuddin adalah melahirkan pemain dari Selangor seramai mungkin sekali gus mengembangkan bakat mereka ke seluruh negara.

“Pada saya, amanah dan tanggungjawab ini sangat besar untuk digalas kerana ia bukan sahaja melahirkan pelapis untuk Selangor tetapi juga membekalkannya ke seluruh negara,” ujarnya.

Emran
Emran

Beliau berkata demikian ketika ditemui Sinar Bestari selepas berakhirnya Majlis Penyerahan Replika Cek Kejohanan Piala Datuk Mokhtar Dahari (bawah 18 dan 15 tahun) dan Piala Raja Muda Selangor (bawah 12 tahun) 2023 di Dewan Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Hadir sama Penolong Pengurus, Jabatan Hubungan Pelaburan, Kelestarian dan Komunikasi Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad), Mohammad Farhan Mohd Zain; Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Raja Ahmad Shahir Iskandar Raja Salim; Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Dr Jafri Abu dan Timbalan Pengerusi Kejohanan merangkap Pengurus Kanan Tugas-Tugas Khas Karangkraf, Hashim Anang.

Mengulas lanjut, Emran berkata, pemenang bagi setiap kategori akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai.

“Bagi juara Piala Raja Muda Selangor, mereka bakal memperoleh RM4,000.

“Manakala juara Piala Datuk Mokhtar Dahari (bawah 15) menerima RM8,000 dan johan (bawah 18) akan membawa pulang RM10,000,” jelasnya.

No Image Caption

Dalam pada itu, Emran merakamkan sekalung penghargaan kepada penaja utama iaitu KPS Berhad yang menyumbang sebanyak RM225,000 dan PNSB sebanyak RM100,000.

“Tidak lupa juga kepada kumpulan penaja lain seperti pihak berkuasa tempatan (PBT), Aiman Platinum dan Milo yang turut memberikan sumbangan mereka dalam kejohanan ini.

“Saya mewakili jawatankuasa penganjur berterima kasih atas sokongan padu dan berterusan yang diberikan semua penaja sepanjang pertandingan yang bakal diadakan nanti,” ujarnya dengan menambah jumlah keseluruhan sumbangan yang diterima melebihi RM300,000.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp