No Image Caption

Pintu tandas asrama tercabut, Asyraf pesan utamakan peruntukan fasiliti asas

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
11 Nov 2024 04:25pm

Sejak kebelakangan ini, kita disajikan dengan video dimuat naik oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang bertindak menerjah beberapa Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara.

Terjahan di setiap MRSM itu, tidak lain dan tidak bukan untuk menyaksikan sendiri bagaimana kebajikan bermula aspek penyediaan makanan di dewan selera sehingga kepada kemudahan asas di asrama terpelihara.

Baru-baru ini, satu lagi video terjahan MRSM Langkawi menjadi tular dek tindakan Asyraf menolak salah satu pintu tandas di asrama yang rosak sehingga tercabut.

Terjahan itu dibuat setelah menerima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai tandas yang rosak dan tidak dibaiki untuk sekian lama.

“Memang saya tidak maklumkan langsung kehadiran saya kerana pagi tadi sengaja saya ambil ‘flight’ ke Langkawi untuk #terjahMRSM Langkawi.

“Ini berikutan saya terima banyak aduan daripada ibu bapa mengenai tandas yang rosak tidak berbaiki untuk sekian lama. Ternyata sebahagian aduan mereka ada kebenarannya,” tulisnya.

No Image Caption

Menerusi video berdurasi 4 minit 44 saat itu turut memaparkan keadaan tray makanan di dewan selera MRSM berkenaan yang tidak dibasuh dengan betul.

Artikel Berkaitan:

“Berkali-kali saya pesan kepada pihak pengurusan MRSM mahupan institusi pendidikan Mara lain termasuk IKM, KKTM, KPTM, UniKL dan lain-lain agar beri keutamaan permohonan peruntukan untuk penyelenggaraan fasiliti asas yang melibatkan kebajikan pelajar dan guru termasuk tandas, peralatan belajar, asrama dan kelas-kelas,” katanya lagi.

No Image Caption

Selain itu, masalah lain yang dinyatakan adalah melibatkan air di Pulau Langkawi yang menyebabkan MRSM terbabit turut terkesan.

Namun begitu, kata Asyraf, Mara dan pihak pengurusan telah pun meluluskan peruntukan khas bagi memastikan bekalan air tidak putus seperti penambahan penyediaan tong menyimpan air dan membiayai kos lori air SEDA.

“Semoga MRSM Langkawi kembali menjadi MRSM terbaik untuk Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan datang,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp