Pkharuddin
Pkharuddin

Pkharuddin terima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara

ROSHLAWATY MD RAIEH
06 Jun 2023 01:46pm
A
A
A

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali merupakan antara 28 penerima darjah kebesaran Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’ sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Isnin.

Penganugerahan PJN kepada Pkharuddin itu secara tidak langsung membawa kegembiraan kepada masyarakat terutamanya warga pendidik di negara ini.

Pemerhatian wartawan di ruangan komen Facebook Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ramai dalam kalangan guru-guru dan orang ramai merakamkan ucapan tahniah kepada Pkharuddin.

Antara yang sempat dipetik Sinar Bestari adalah;

Cikgu Mohd Huzaire Bin Haji Ahmad: Tahniah!

Felicia Komathy: Tahniah Datuk KPPM.

Kumar Thevar: Tahniah Datuk KPPM.

Cikgu Roslan Mohamed: Tahniah Datuk.

Artikel Berkaitan:

Fara Dhila: Tahniah Datuk KPPM.

Amzan Abd Malek: Tahniah Datuk.

Tee Tiam Chai: Tahniah Datuk, syukur!

CH Chee: Tahniah kepada Datuk KPPM.

Selain PJN, Pkharuddin, 60, yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) pengkhususan bidang Geografi, Universiti Malaya (UM) pernah menerima Anugerah Inspirasi Cuepacs sempena Hari Pekerja 2023 baru-baru ini.

Berkongsi biodata Pkharuddin kepada umum, tokoh hebat ini sebenarnya telah berkhidmat selama 34 tahun dalam perkhidmatan awam.

Beliau berpengalaman luas dalam kepimpinan dan pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Dasar dan Kurikulum); Pengarah Peperiksaan Lembaga Peperiksaan serta Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

Malah, Pkharuddin juga pernah memegang jawatan Ketua Sektor Jaminan Kualiti; Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Semarak, Negeri Sembilan; Penolong Pengarah Peperiksaan JPNS dan guru SMK King George V, Negeri Sembilan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok