Kira-kira 96 pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai Bengkel Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari.
Kira-kira 96 pelajar sekolah rendah dan menengah menyertai Bengkel Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari.

Platform terbaik dalami etika kewartawanan

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
02 Oct 2024 02:17pm

Menyedari pentingnya celik ilmu media massa dan digital kepada pelajar serta pendidik, maka ia telah menarik perhatian Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sabak Bernam untuk mengadakan sesi pencerahan bersama kru Sinar Bestari.

Bengkel Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (PSS) Sinar Bestari yang dihadiri kira-kira 96 pelajar sekolah rendah dan menengah itu turut menerapkan pentingnya etika kewartawanan kepada setiap peserta.

Penolong Pengarah Pendidikan Daerah, Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan PPD Sabak Bernam, Azlina Ngat Denin berkata, bengkel yang diadakan secara berpusat itu membuka minda dan cara kerja pelajar termasuk guru dalam mengendalikan operasi TV PSS.

Azlina
Azlina

“Kami di PPD Sabak Bernam lihat sebelum adanya pendedahan oleh kru Sinar Bestari ini, para guru dan pelajar tidak tahu apa itu keperluan sebenar TV PSS.

“Mereka juga tidak faham bahawa TV PSS ini adalah salah satu cabang kemahiran yang perlu ada pada setiap tokoh NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) ataupun sepanjang tempoh pembelajaran. Ia salah satu usaha menyahut Dasar Pendidikan Digital di mana pelajar perlu fasih digital dan guru kompeten digital,” katanya kepada Sinar Bestari baru-baru ini.

Beliau mengulas perkongsian Bengkel Jelajah TV PSS Sinar Bestari anjuran PPD Sabak Bernam yang diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yoke Kuan pada 24 September lalu.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Azlina juga berkata, keperluan konteks atau elemen yang dikongsi kru TV PSS Sinar Bestari memberi impak maksimum kepada warga pendidik di daerah itu.

“Kami sangat teruja dan gembira apabila kru TV PSS Sinar Bestari sanggup turun padang mengajar dan berkongsi skil, etika kewartawanan dan pelbagai lagi kepada pelajar dan guru yang hadir.

“Saya percaya ilmu yang dikongsi ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam memajukan TV PSS masing-masing,” katanya.


Salah seorang peserta bertanya sesuatu mengenai kaedah dan cara menyampaikan berita.
Salah seorang peserta bertanya sesuatu mengenai kaedah dan cara menyampaikan berita.



Sementara itu, guru Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Rahah, Maslina Jasman @Md Ali berkata, bengkel Jelajah TV PSS Sinar Bestari kali ini memberi banyak manfaat kepada para peserta untuk meneroka ilmu sebagai seorang wartawan yang beretika.

“Hendak menjadi seorang wartawan yang beretika perlu ada ilmu hasil membaca, menulis kemudian ia disampai dan dikongsikan semula dalam apa cara sekali kepada pendengar serta pembaca,” katanya.

Maslina
Maslina

Maslina juga bersetuju setiap wartawan dan pengamal media perlu mengamalkan etika kerana dalam Islam sendiri tersedia perkara serupa yang perlu diamalkan.

Untuk rekod, Bengkel Jelajah TV PSS Sinar Bestari kali ini adalah sebahagian daripada aktiviti dalam kalendar PPD Sabak Bernam.

No Image Caption

REAKSI

1) "Saya belajar banyak perkara dalam Bengkel Jelajah TV PSS Sinar Bestari ini. Sebagai persediaan menjadi seorang wartawan dan bekerja dalam industri komunikasi media, kami didedahkan beberapa kriteria terbaik dan cara untuk mengendalikan situasi sewaktu di lapangan tugasan. Program pada hari ini turut berkongsi ilmu mengenai bahagian-bahagian kamera, layar hijau, peralatan terbaik yang seorang pengamal media perlu ada. Ia satu pengalaman menarik kepada kami. Paling seronok apabila kami diberi tugasan untuk menyiapkan video dalam tempoh dua minit sahaja."

- Pelajar Sekolah Menengah Agama Tinggi Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Batu 38, Nurnajihah Abdul Razak, 16

Nurnajihah
Nurnajihah

2) "Kami didedahkan dengan kaedah dan cara untuk mengendalikan kamera serta lampu sewaktu membuat liputan berita. Kami dapat banyak ilmu mengenai pengendalian audio dan cara mengambil sudut rakaman serta ia berguna kerana cita-cita saya adalah menjadi jurukamera. Paling penting, bengkel seperti ini perlu diadakan lebih kerap. Terima kasih kru TV PSS Sinar Bestari."

- Pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Limau Sungai Besar, Mohd Hakif Mohd Hafizek, 10

Mohd Hakif
Mohd Hakif



Kru TV PSS Sinar Bestari, Muhammad Ikhwan Muhammad Azahari (kiri) memberi penerangan kaedah menggunakan layar hijau dan sudut kamera.
Kru TV PSS Sinar Bestari, Muhammad Ikhwan Muhammad Azahari (kiri) memberi penerangan kaedah menggunakan layar hijau dan sudut kamera.




Guru dan pelajar sedang melaksanakan tugasan rakaman video.
Guru dan pelajar sedang melaksanakan tugasan rakaman video.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp