Pelajar dari 20 buah sekolah timba ilmu berharga menerusi siri Jelajah TV PSS.
Pelajar dari 20 buah sekolah timba ilmu berharga menerusi siri Jelajah TV PSS.

Platform terbaik jana idea penubuhan TV PSS di sekolah

AZLEENDA SAHALUDIN
06 Nov 2023 03:21pm
A
A
A

Sebanyak 20 buah sekolah rendah dan menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Langat, Selangor telah terlibat dalam Program Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) yang diadakan di Dewan Seminar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) Banting, Selangor.

Program anjuran Sinar Bestari Sinar Harian dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor melibatkan 10 sekolah rendah ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir; SK Sungai Kelambu, SK Bandar Banting, SK Olak Lempik, SK Kampung Medan, SK Tanjung Sepat, SK RTB Bukit Changgang, SK Sijangkang; SK Sijangkang Jaya dan SK Sungai Buaya,

Turut serta 10 buah sekolah menengah seperti Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra, SMK Telok Panglima Garang, SMK Banting, SMK Sungai Manggis, SMK Jenjarom, SMK Sijangkang Jaya, SMK Bandar Banting; SMK Tanjong Sepat, SMK Jugra dan SM Sains Banting.

Azudin
Azudin

Penolong Pegawai PPD, Azudin Mahmad Sani menzahirkan penghargaan kepada Sinar Bestari Sinar Harian di atas penganjuran program Jelajah TV PSS bagi memberi pendedahan luar bilik darjah tentang penubuhan TV PSS di setiap sekolah.

Katanya, pihak PPD telah lama berhasrat untuk memperkasakan TV PSS di sekolah daerah berkenaan agar dapat membantu murid mempertingkatkan kemahiran diri khususnya dalam penyampaian berita atau program sekolah.

“Program ini sangat baik dan bermakna terutamanya kepada sekolah yang baru hendak memulakan TV PSS di sekolah masing-masing.

“Ia juga adalah platform terbaik untuk membantu dalam memberi gambaran dan idea buat guru-guru agar dapat menjayakan TV PSS ini,” katanya kepada Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Cikgu Norkhazima
Cikgu Norkhazima

Selain itu, menurut guru SK Sijangkang, Cikgu Norkhazima Zalkarnain, Jelajah TV PSS sedikit sebanyak membuka matanya untuk bersama-sama mewujudkan TV PSS di sekolah.

“Alhamdulillah, program hari ini seronok dan saya mewakili sekolah rasa berbangga kerana terpilih untuk terlibat sama memandangkan tidak semua sekolah daerah ini terpilih.

“Dengan pendedahan ilmu ini, ia adalah satu manfaat buat kami untuk menampilkan bakat anak-anak murid dan mengasah kebolehan mereka dalam menyampaikan berita,” katanya.

Cikgu Muhammad Fatha
Cikgu Muhammad Fatha

Dalam pada itu, guru SK Sijangkang Jaya, Cikgu Muhammad Fatha Yahya berkata, terdapat banyak input yang diperoleh melalui program Jelajah TV PSS ini.

“Saya berharap agar ia terus diadakan pada masa akan datang memandangkan murid mendapat pengetahuan tentang teknologi komunikasi yang juga penting untuk pendidikan hari ini,” ujarnya.

APA KATA MEREKA

"Walaupun baru pertama kali menyertai TV PSS, tapi saya seronok menyertai program jelajah ini,” - Murid Tahun Empat, SK Kampung Medan, Muhammad Norkhadif Rizki Norhaidi.

Muhammad Norkhadif
Muhammad Norkhadif

"Saya rasa kerjaya sebagai wartawan hebat kerana mereka tahu apa yang ingin disampaikan dan sentiasa cuba mengetengahkan isu semasa. Untuk itu, saya juga terinspirasi dan tertarik untuk menjadi wartawan.” - Pelajar Tingkatan Empat, SM Sains Banting, Yasmin Ilhan Khairul Annuar.

Yasmin Ilhan
Yasmin Ilhan



"Jelajah TV PSS telah membuka mata saya untuk lebih berani dalam menonjolkan bakat saya terutamanya dalam menyampaikan berita-berita di sekolah,” - Murid Tahun Enam, SK Olak Lempik, Muhammad Qayyim Mahayudin.

Muhammad Qayyim
Muhammad Qayyim

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok