Hantaran di Facebook yang mendakwa murid 10 tahun dipukul guru sekolahnya.
Hantaran di Facebook yang mendakwa murid 10 tahun dipukul guru sekolahnya.

Polis sahkan terima laporan murid dipukul guru

06 Dec 2024 11:43am

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung seorang murid berusia 10 tahun yang didakwa dipukul oleh guru sekolahnya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, laporan berhubung perkara tersebut diterima pada Khamis.

Raub berkata, pihak polis turut terkesan dengan kenyataan yang dimuat naik di satu akaun media sosial Facebook berhubung perkara tersebut.

"Kita mengesahkan ada terima laporan berhubung kes tersebut pada 5 Disember 2024 dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

"Bagaimanapun, siasatan dirujuk kepada pihak pendakwa raya bagi mendapatkan arahan untuk menyiasat," katanya.

Sebelum ini, menerusi satu hantaran di Facebook, pemilik mendakwa seorang murid berusia 10 tahun ditampar, ditumbuk, direntap rambut dan diseret hingga ke pejabat oleh guru sekolahnya.

Dalam kenyataan tersebut, turut dinyatakan murid berkenaan tiada ibu bapa dan tinggal di sebuah rumah kebajikan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp