Siasatan mendapati, Nurul Alya Farzana keluar dari rumah kerana tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang tidak melayannya dengan baik.
Siasatan mendapati, Nurul Alya Farzana keluar dari rumah kerana tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang tidak melayannya dengan baik.

Kehilangan Nurul Alya Farzana akhirnya terjawab! ‘Dia ditemui selamat oleh ibunya di sebuah restoran’ - Ketua Polis Daerah Kluang

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
29 Oct 2024 03:04pm

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana, Kluang, Johor, Nurul Alya Farzana Zamri, 16, yang hilang sejak Ahad lalu, akhirnya sudah ditemui dalam keadaan selamat malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, pelajar Tingkatan Empat itu ditemui ibunya di sebuah restoran di Taman Sri Kluang di sini, jam 10.30 malam, Isnin.

"Berdasarkan siasatan, pelajar berkenaan keluar dari rumah kerana tidak berpuas hati dengan ibu bapanya yang tidak melayannya dengan baik.

"Dia juga berasa tertekan tinggal di rumah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Sinar Bestari menyiarkan berita mengenai Nurul Alya Farzana yang dilaporkan hilang di hadapan SMK Seri Perdana.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekolah, remaja perempuan dilihat memakai t-shirt karakter Johor atau t-shirt KrMJ semasa hilang.

Dia menaiki kereta jenis Toyota Vios berwarna perak pada jam 3.34 petang dan meninggalkan kawasan sekolah menghala ke arah bandar Kluang.

Pemandu dan nombor pendaftaran kereta berkenaan masih tidak dapat dikenal pasti sehingga kini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp