Murid perempuan itu dilihat kali terakhir memakai seluar denim, baju 'hoodie' dan tudung berwarna hitam serta berkasut sukan warna-warni.
Murid perempuan itu dilihat kali terakhir memakai seluar denim, baju 'hoodie' dan tudung berwarna hitam serta berkasut sukan warna-warni.

Dhiya Azzahra hilang! 'Dia berusia 12 tahun, berketinggian 150 sentimeter, berat 45 kilogram dan berkulit sawo matang' - Polis

08 Dec 2024 10:34pm

Murid perempuan berusia 12 tahun, Dhiya Azzahra Muhamad Alhalifi dilaporkan hilang dari kediaman keluarganya di Seksyen U3, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor, laporan kehilangan kanak-kanak itu diterima daripada bapanya pada jam 7.40 malam tadi.

"Pengadu memaklumkan anaknya disedari tiada di rumah kira-kira jam 9 pagi semalam dan beliau membuat laporan selepas kanak-kanak itu tidak pulang ke rumah.

"Kanak-kanak itu berketinggian 150 sentimeter dengan berat badan 45 kilogram dan berkulit sawo matang,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Mohd Hafiz berkata, murid perempuan itu dilihat kali terakhir memakai seluar denim, baju 'hoodie' dan tudung berwarna hitam serta berkasut sukan warna-warni.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak ini diminta segera menghubungi mana-mana balai polis berdekatan.

"Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Mohd Hizam Talib di talian 012-6550262," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp