Fadhlina (tengah) menyaksikan penyerahkan zakat oleh PPZ-MAIWP di KPM di Putrajaya pada Isnin.
Fadhlina (tengah) menyaksikan penyerahkan zakat oleh PPZ-MAIWP di KPM di Putrajaya pada Isnin.

PPZ-MAIWP serah wakalah zakat RM1,096,698 kepada KPM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
31 Oct 2023 04:31pm

Wakalah zakat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berjumlah RM1,096,698 telah diserahkan oleh Pusat Pungutan Zakat - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) kepada kementerian itu dalam majlis yang berlangsung di Auditorium Kompleks E, Putrajaya pada Isnin.

KPM dalam kenyataan media berkata, pelaksanaan majlis tersebut sebagai penghargaan kepada seluruh warga kementeriannya yang menunaikan kewajipan berzakat terutamanya zakat pendapatan.

"Kempen Skim Potongan Zakat Bulanan adalah satu langkah proaktif KPM bagi memberikan kesedaran buat seluruh warga KPM untuk menunaikan zakat pendapatan.

"Wakalah adalah dasar pengembalian wang zakat oleh MAIWP kepada entiti yang membayar zakat kepada PPZ-MAIWP yang kemudiannya diagihkan kepada asnaf yang layak.

"Setakat ini, wakalah zakat berjumlah RM1,096,698 akan diserahkan kepada KPM bagi tujuan pengagihan,” ujar kenyataan itu dengan menambah jumlah keseluruhan kutipan zakat KPM pada tahun 2022 adalah sebanyak RM8,773,587.

No Image Caption

Sementara itu, dalam majlis sama turut diadakan acara penyerahan Cek Cura Zakat Etiqa Family Takaful Bhd kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Turut berlangsung juga penyampaian Sumbangan Zakat Murid Asnaf Putrajaya kepada 27 pengetua dan guru besar.

Artikel Berkaitan:

KPM berkata, Yayasan Didik Negara (YDN) telah diberi tanggungjawab sebagai peneraju utama inisiatif itu yang menyelaras keseluruhan peruntukan bagi memastikan agihan cekap, teratur dan sistematik.

Ia termasuk pengagihan peruntukan zakat kepada murid asnaf di Putrajaya berjumlah RM113,500 yang melibatkan seramai 1,135 orang murid hasil sumbangan Etiqa Family Takaful Berhad.

Dalam pada itu, Fadhlina dalam ucapannya telah memberi penekanan terhadap kepentingan institusi zakat yang dapat membantu menangani isu kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid.

Jelasnya, langkah tersebut juga selari dengan hasrat untuk menoktahkan kemiskinan dan menyeru komitmen serta kerjasama semua pihak termasuk memperkukuhkan ekosistem institusi zakat.

No Image Caption



No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp