sharifudin1
sharifudin1

Profesor Dr Sharifudin dilantik Naib Canselor USIM yang baharu

Nor Azma  Muhamat Laila
03 Jul 2022 01:27pm
A
A
A

SEREMBAN – Bekas Timbalan Naib Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Ts Dr Sharifudin Md Shaarani, 51, dilantik sebagai Naib Canselor universiti yang baharu bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Julai lalu hingga 30 Jun 2025.

Menurut kenyataan yang dikeluarka Pusat Komunikasi Strategik USIM, beliau menggantikan Profesor Datuk Dr Mohamed Ridza Wahiddin yang telah tamat lantikan pada 9 Mei lalu.

"Sharifudin berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Makanan dengan Pemakanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Ijazah Sarjana Sains dari University of Reading dan doktor falsafah (PhD) dari University of Cambridge pada 2007 dalam bidang Teknologi Makanan.

"Beliau juga aktif dalam bidang penyelidikan dan penerbitan dengan menghasilkan jurnal-jurnal berimpak tinggi, aktiviti konsultasi bidang industri halal dan telah banyak terlibat dengan projek-projek industri halal di peringkat antarabangsa.

"Antaranya ialah projek pensijilan halal produk daging dari China untuk Syarikat DJR Sdn Bhd, black fungus dan black garlic UMS-Heilongjiang Academy of Sciences, China dan menjadi Ketua Auditor Halal bagi Training Halal auditors for Halal Audits yang diterajui oleh kerajaan Kuwait," katanya dalam kenyataan itu, baru-baru ini.

Ujar kenyataan itu lagi, Sharifudin juga seorang cendekiawan yang berpengalaman luas dalam pentadbiran dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USIM dan pernah menjawat jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) Halal Hub.

"Selain itu, beliau juga tenaga pengajar halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bermula Januari 2022 sehingga Disember 2023 dan memegang keahlian profesional seperti Ahli Profesional Institut Teknologi Makanan Malaysia (MIFT), Teknologis Profesional Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dan Ahli Malaysian Institut Pengurusan Malaysia (MIM).

"Dengan kepakaran serta pengalaman yang dimiliki beliau, diharapkan dapat memacu universiti terus ke depan sebagai sebuah universiti awam (UA) yang menerajui pengintegrasian Ilmu Naqli dan Aqli sebagai tunjang kebitaraannya," jelasnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok