kfc pizza QSR Brands sumbang RM150 000 kepada UPM, bantu 100 asnaf sempena Aidilfitri
kfc pizza QSR Brands sumbang RM150 000 kepada UPM, bantu 100 asnaf sempena Aidilfitri

QSR Brands sumbang RM150,000 kepada UPM, bantu 100 asnaf sempena Aidilfitri

Rasyidah Zulkifi
09 May 2022 10:33am
A
A
A

SERDANG - 100 pelajar asnaf telah menerima sumbangan wang tunai daripada syarikat QSR Brands (M) Holdings Berhad bersempena Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Universiti Putra Malaysia (UPM).

Acara itu bertujuan mengagihkan bantuan dan memindahkan ilmu kepada komuniti terutamanya keluarga asnaf, pelajar fakir dan miskin.

Baca juga

172 pelajar dan kakitangan Politeknik Shah Alam terima sumbangan duit raya menerusi pemotongan gaji

Pusat Perhubungan Alumni UPM anjur Program Tautan Mahabbah 2022, cakna dengan nasib anak yatim dan asnaf

Program tersebut merupakan kesinambungan program kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan QSR Brands.

Mengambil keberkatan Ramadan, majlis tersebut diadakan bagi meraikan pelajar asnaf UPM untuk membolehkan mereka menyambut Aidilfitri 2022 dengan penuh kesyukuran.

Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, QSR Brands, Mohd Khairul Izzad Mohammed Shamsuddin menyampaikan replika Cek Agihan Bantuan QSR-SPE bernilai RM150,000 kepada Dekan SPE UPM, Profesor Madya Dr Bany Ariffin Amin Noordin.

Pada majlis sama, QSR Brands juga menyumbang set makanan KFC sebagai salah satu sajian berbuka puasa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad dan Naib Canselor UPM, Profesor Datuk Dr Mohd Roslan Sulaiman.

Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri QSR-SPE UPM selari dengan fokus kerajaan untuk menjaga kebajikan pelajar terutamanya asnaf dalam meningkatkan kesejahteraan sosial sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok