Sasterawan Negara ke-14 kongsi ketokohan ilmuan Raja Ali Haji kepada generasi muda
Sasterawan Negara ke-14 kongsi ketokohan ilmuan Raja Ali Haji kepada generasi muda

Sasterawan Negara ke-14 kongsi ketokohan ilmuan Raja Ali Haji kepada generasi muda

Roshlawaty Md Raieh
18 Jan 2023 11:47am
A
A
A

"TIDAK ramai generasi muda yang mengenali tokoh ilmuan Raja Ali Haji yang terkenal di Nusantara satu ketika dulu. Sepatutnya, tokoh yang arif dalam bidang keagamaan, perundangan, ketatanegaraan, sejarah, bahasa dan sastera ini dijadikan inspirasi golongan muda dalam mencipta kejayaan dalam kehidupan.”

Demikian kata Sasterawan Negara ke-14, Datuk Dr Siti Zainon Ismail menerusi siri syarahan ‘Ketokohan Kepemimpinan Raja Ali Haji’ di Universiti Putra Malaysia (UPM), baru-baru ini.

Menurut beliau, zaman ini, generasi muda lebih mengagungkan tokoh luar sehingga ilmu tamadun Melayu dan agama semakin luntur dalam diri mereka.

“Raja Ali Haji merupakan tokoh Nusantara dan amalan kepemimpinannya dalam pelbagai bidang wajar menjadi rujukan untuk kemakmuran belia pada masa hadapan.

“Untuk itu, besar harapan saya agar golongan muda belia dapat mencontohi tokoh ilmuwan ini dalam pelbagai aspek,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), UPM, Profesor Dr Ismi Arif Ismail berkata, syarahan ‘Ketokohan Kepemimpinan Raja Ali Haji’ itu merupakan anjuran Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), UPM dengan kerjasama Raja Zarith Sofiah Centre for Advanced Studies on Islam, Science & Civilisation (RZS-CASIS), Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

“Kerjasama yang dimulakan pada 2021 antara IPSAS dan RZS – CASIS dilihat dapat memartabatkan budaya dan asas agama yang tidak menghancurkan tamadun Melayu.

“Diharapkan sesi syarahan ini mampu menarik golongan muda untuk menghayati semua karya-karya Raja Ali Haji,” ujarnya.

Artikel berkaitan 

Kenali 14 Sasterawan Negara yang banyak berjasa kepada negara

Pakar Kimia UPM terima Pingat Emas Institut Kimia Malaysia

15 tahun pengajian di UPM, Mun Yee capai impian genggam ijazah sarjana


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok