Pakar Kimia UPM terima Pingat Emas Institut Kimia Malaysia
Pakar Kimia UPM terima Pingat Emas Institut Kimia Malaysia

Pakar Kimia UPM terima Pingat Emas Institut Kimia Malaysia

Roshlawaty Md Raieh
13 Jan 2023 05:53pm
A
A
A

PENSYARAH Jabatan Kimia, Fakulti Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin dianugerahkan Pingat Emas Institut Kimia Malaysia (IKM) dalam Majlis Malam Kimia di UPM, baru-baru ini.

Penganugerahan yang disampaikan oleh Presiden IKM, Datuk ChM Dr Soon Ting Kueh itu merupakan anugerah tertinggi dari IKM dan yang pertama kali diterima oleh penyelidik universiti berkenaan.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Taufiq memberitahu yang dia agak terkejut dan teruja di atas penganugerahan Pingat Emas IKM dan berazam akan memberi sepenuh komitmen dalam bidang Kimia pada masa akan datang.

Sementara itu, penganugerahan Pingat Emas IKM kepada Taufiq merupakan satu pengiktirafan ke atas kepakaran dan kecemerlangannya dalam dunia Kimia di negara ini.

Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan pelbagai penghasilan tenaga diperbaharui yang mampan dengan menggunakan teknologi hijau.

Dalam masa sama, Taufiq turut mengasaskan penubuhan Pusat Penyelidikan Sains dan Teknologi Katalisis di UPM sejak 2008.

Beliau yang dikagumi kerana kemahiran yang ada telah merangkul beberapa anugerah berprestij sebelum ini.

Antaranya Anugerah Saintis Muda Negara pada 2002, The Outstanding Young Malaysian Award 2008, Top Research Scientist Malaysia 2013, Malaysia’s Research STAR Award 2018 dan turut disenaraikan sebagai World’s Top 2% Scientist oleh Stanford University, Amerika Syarikat.

Sinar Bestari doakan agar Pakar Kimia ini akan terus berkongsi pelbagai idea hebat dan bermanfaat dalam bidang berkenaan.

Artikel berkaitan 

Kerana jasanya, penerima Nobel Peace Laureate 2006 terima Ijazah Kehormat UPM

15 tahun pengajian di UPM, Mun Yee capai impian genggam ijazah sarjana

Sekolah Perniagaan Malaysia UPM terima akreditasi EQUIS


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok