Sekolah agama berdaftar bawah JHEIPP yang pertama sertai lafaz ikrar
Sekolah agama berdaftar bawah JHEIPP yang pertama sertai lafaz ikrar

Sekolah agama berdaftar bawah JHEIPP yang pertama sertai lafaz ikrar

Azliyana Sulaiman
31 Dec 2020 01:19am
A
A
A

KEPALA BATAS - Pulau Pinang mencatatkan sejarah tersendiri apabila sebanyak 208 sekolah agama yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEIPP) melafazkan ikrar bebas jenayah, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan  JHEAIPP, Rosli Othman berkata, ikrar bebas jenayah berkenaan merupakan antara yang pertama diadakan di negeri ini.

“Ikrar ini diadakan supaya sekolah memberikan penekanan terhadap aspek pendidikan penglibatan pelajar dan masa sama mengelakkan pelajar terlibat dengan jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas hadir dalam Majlis Penyerahan Suratcara Pendaftaran Jemaah Pengurusan Ikrar Sumpah Bebas Jenayah  Sekolah Agama Berdaftar di sini semalam.

Katanya, ikrar ini sekali gus juga bagi membendung  dan mengelakkan sekolah agama agar terlibat dalam jenayah.

“Bahagian pendidikan JHEAIPP sentiasa memantau  sekolah agama terutama berkenaan aktiviti kokurikulum  yang dilakukan di sekolah.

“Sekolah agama yang berdaftar di negeri ini dikehendaki  menggunakan kurikulum dan silibus yang diperakukan  Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP),” katanya.

Menurutnya, tindakan akan diambil sekiranya sukatan pelajaran didapati bercanggah dengan akidah ahli  sunnah wal jamaah.

“Setakat ini, hasil daripada pemantauan yang dilaksanakan,  tidak ada sekolah yang didapati berbuat demikian, bagaimanapun pemantauan tetap dijalankan dari masa ke semasa.

“Kita memantau apa yang ada dalam bidang kuasa kita dan ia meliputi aktiviti  serta kurikulum yang digunakan dalam sesebuah sekolah itu,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok