995822
995822

Semakan keputusan kemasukan MRSM bermula Rabu - Mahdzir

Adlan Farhan Azwan
08 Mar 2022 11:04am
A
A
A

SHAH ALAM - Keputusan permohonan kemasukan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat untuk sesi 2022 boleh mula disemak mulai Rabu ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, calon yang berjaya ditawarkan ke MRSM akan menerima notifikasi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel yang didaftarkan semasa permohonan.

Baca juga

Penggunaan telefon bimbit di MRSM, ada syarat yang perlu dipatuhi

ePrasekolah: Permohonan kemasukan bermula hari ini

“Pemohon juga boleh membuat semakan menerusi portal rasmi Majlis Amanah Rakyat

(Mara) di www.mara.gov.my. dan makluman terkini berkenaan tawaran juga boleh didapati melalui media sosial Mara seperti Facebook, Twitter dan Instagram,” katanya.

Beliau juga berkata, calon yang berjaya perlu membuat pengesahan penerimaan tawaran kemasukan ke MRSM dalam tempoh tujuh hari menerusi pautan dalam portal berkenaan.

“Sekiranya calon tidak membuat pengesahan penerimaan dalam tempoh tersebut, tawaran berkenaan dianggap terbatal.

“Calon yang tidak berjaya masih boleh membuat rayuan secara dalam talian di pautan yang sama bermula 9 hingga 16 Mac ini dan tidak perlu hadir secara fizikal," jelasnya.

Mahdzir turut memaklumkan sebarang pertukaran program dan penempatan MRSM adalah tidak dibenarkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang makluman tawaran sehingga 31 Mei 2022, permohonan dianggap tidak berjaya.

Dalam pada itu, Mara telah merekodkan 74,500 jumlah permohonan ke Tingkatan Satu dan Empat untuk kemasukan sesi baharu MRSM, dengan kapasiti kemasukan pelajar ke Tingkatan Satu seramai 7,949 orang dan Tingkatan Empat 1,930 orang.

MRSM menawarkan enam program iaitu MRSM International General Certificate of Secondary Education (IGCSE), MRSM International Baccalaureate-Middle Year Programme (IB-MYP), MRSM Ulul Albab, MRSM Program Bitara, MRSM Premier dan MRSM Teknikal di bawah Sistem Pendidikan MRSM (SPMRSM).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok