Kementerian berkaitan perlu bersama-sama menyumbang saranan kepada Majlis Sosial Negara bagi memperbaiki keadaan sosial dalam negara. Gambar kecil: Nancy.
Kementerian berkaitan perlu bersama-sama menyumbang saranan kepada Majlis Sosial Negara bagi memperbaiki keadaan sosial dalam negara. Gambar kecil: Nancy.

Semua pihak bertanggungjawab pastikan kanak-kanak, remaja tidak terlibat isu sosial

26 Mar 2024 09:44am
A
A
A

Semua pihak bertanggungjawab memastikan kanak-kanak dan remaja tidak terjerumus dalam isu sosial sehingga menggugat pembelajaran mereka di sekolah.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, kementerian yang berkaitan perlu bersama-sama menyumbang saranan kepada Majlis Sosial Negara bagi memperbaiki keadaan sosial dalam negara.

"Saya harap semua pihak bertanggungjawab untuk turut menjaga anak-anak kita yang seharusnya teruskan pelajaran mereka, bukan membuat perkara lain.

"Kerisauan kita ialah berkenaan keadaan sosial dalam negara merangkumi perkara seperti ini. Kita mahu supaya yang menjadi tenaga pengajar mempunyai nilai-nilai yang sepatutnya sebagai seorang pendidik," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama kumpulan sasar Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama 99 Speedmart di Kuala Lumpur.

Beliau mengulas mengenai isu seorang guru wanita di sebuah sekolah menengah yang didakwa menjalinkan hubungan dengan pelajar lelakinya yang tular dalam media sosial.

Semalam, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisoner Wan Kamarul Azran Wan Yusoff berkata, polis menerima laporan pada 12 Disember lepas mendakwa suspek yang berumur 37 tahun mencabul mangsa, ketika mengulang kaji pelajaran bersama guru terbabit di perpustakaan.

Wan Kamarul Azran berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan sebatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok