Senarai lengkap 6 program yang dilaksanakan di 57 MRSM
Peluang memasuki Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) merupakan satu kegembiraan besar bagi pelajar kerana ia membuka ruang untuk mendapatkan pendidikan berkualiti tinggi dalam persekitaran kondusif.
Selain kurikulum akademik yang cemerlang, pelajar juga berpeluang mengembangkan potensi diri melalui aktiviti kokurikulum, pembentukan sahsiah, dan penerapan nilai-nilai murni.
MRSM menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.
Terdapat enam program dilaksanakan di 57 MRSM iaitu:
1) MRSM Premier
Melaksanakan sistem pendidikan MRSM yang berintegrasi antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan kurikulum Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.
2) MRSM Ulul Albab
Menawarkan kurikulum sistem pendidikan MRSM disamping nilai tambah termasuk tahfiz al-Quran yang bermatlamat untuk melahirkan ahli profesional, teknokrat dan usahawan yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi mempunyai kemahiran dalam bidang keagamaan berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah sebagai generasi Ulul Albab.
3) MRSM Cambridge International General Certificate of Secondary Education (IGCSE)
Program IGCSE ialah program pendidikan gabungan antara kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dan IGCSE yang merangkumi modul pembangunan sahsiah, modul keusahawanan dan modul kemahiran insaniah.
Pelajar-pelajar di MRSM ini akan mengikuti sukatan pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), Kursus Khas dan Kursus Pembangunan Sahsiah.
4) MRSM Teknikal
Melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan menerapkan eleman teknikal melalui subjek Sains Kejuruteraan pada peringkat menengah rendah. Manakala peringkat menengah atas pula menerusi Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik atau Elektronik.
5) MRSM Bitara
Memberi ruang serta peluang untuk pelajar-pelajar yang berpencapaian akademik tinggi bagi membangunkan dan mengembangkan potensi diri mereka hingga mampu menunjukkan ciri-ciri perlakuan bestari (gifted).
Ciri-ciri bestari ini menawarkan pendidikan kepada pelajar yang mempunyai pencapaian akademik tinggi melalui pendekatan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat serta potensi pelajar (gifted & talented).
6) MRSM International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme (MYP)
Melaksanakan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan mengintegrasikan kerangka MYP dari sistem pendidikan IB.
Sementara itu, Sinar Bestari turut menyenaraikan 57 MRSM yang terdapat di Malaysia.
Berikut adalah nama-nama MRSM yang menjadi rebutan ramai.
1) MRSM Alor Gajah, Melaka
2) MRSM Arau, Perlis
3) MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang
4) MRSM Batu Pahat, Johor
5) MRSM Beseri, Perlis
6) MRSM Besut, Terengganu
7) MRSM Betong, Sarawak
8) MRSM Baling, Kedah
9) MRSM Bentong, Pahang
10) MRSM Felda, Pahang
11) MRSM Gerik, Perak
12) MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
13) MRSM Johor Bahru, Johor
14) MRSM Kepala Batas, Pulau Pinang
15) MRSM Kuala Berang, Terengganu
16) MRSM Kuala Klawang, Negeri Sembilan
17) MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor
18) MRSM Kubang Pasu, Kedah
19) MRSM Kuantan, Pahang
20) MRSM Kuching, Sarawak
21) MRSM Langkawi, Kedah
22) MRSM Lenggong, Perak
23) MRSM Melaka, Melaka
24) MRSM Merbok, Kedah
25) MRSM Muadzam Shah, Pahang
26) MRSM Muar, Johor
27) MRSM Mukah, Sarawak
28) MRSM Mersing, Johor
29) MRSM Pasir Salak, Perak
30) MRSM Pasir Tumboh, Kelantan
31) MRSM Pengkalan Chepa, Kelantan
32) MRSM Pontian, Johor
33) MRSM Pulau Pinang, Pulau Pinang
34) MRSM Raja Melewar, Negeri Sembilan
35) MRSM Serting, Negeri Sembilan
36) MRSM Seremban, Negeri Sembilan
37) MRSM Sungai Besar, Selangor
38) MRSM Sultan Azlan Shah, Perak
39) MRSM Sultan Ismail, Kelantan
40) MRSM Sultan Mahmud, Terengganu
41) MRSM Taiping, Perak
42) MRSM Terendak, Melaka
43) MRSM Tun Abdul Razak, Pahang
44) MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka
45) MRSM Tun Ghazali Shafie, Pahang
46) MRSM Tun Hussein Onn, Johor
47) MRSM Tun Mustapha, Sabah
48) MRSM Ulul Albab, Melaka
49) MRSM Balingian, Sarawak
50) MRSM Kota Kinabalu, Sabah
51) MRSM Kota Putra, Terengganu
52) MRSM Sandakan, Sabah
53) MRSM Transkrian, Pulau Pinang
54) MRSM Premier, Johor Bahru
55) MRSM Sains Kuala Berang, Terengganu
56) MRSM Ranau, Sabah
57) MRSM Bintulu, Sarawak