Senarai tema Hari Guru dari tahun 2000 hingga kini
Tarikh 16 Mei setiap tahun dipilih sebagai Hari Guru bagi menghargai jasa dan pengorbanan mereka mendidik anak bangsa.
Berikutan sambutan itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan satu tema berlainan setiap kali perayaan Hari Guru tiba.
Misalnya untuk tahun 2024, temanya adalah Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani.
Memandangkan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2024 akan diadakan 14 hingga 16 Mei di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan (SASICC), Pahang, Sinar Bestari tampil dengan perkongsian tema-tema Hari Guru mulai tahun 2000 hingga 2024 sebagai panduan dan rujukan semua.
Berikut adalah senarainya!
2000: Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001: Memartabatkan Profesion Keguruan Tanggungjawab Bersama
2002: Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003: Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004: Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005: Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006: Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007: Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008: Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009: Guru Pembina Negara Bangsa
2010: Guru Pembina Negara Bangsa
2011: Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012: Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2013: Guru Malaysia: 1 Aspirasi, 1 Agenda
2014: Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi
2015: Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
2016: Guru Pembina Negara Bangsa
2017: Guru Pembina Negara Bangsa
2018: Guru Pemacu Transformasi Pendidikan
2019: Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi
2020: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
2021: Berguru Demi llmu, Bina Generasi Baharu
2022: Guru Tunjang Sekolah Sejahtera
2023: Guru Insani Pemangkin Generasi Madani
2024: Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani