Gambar kanan: Kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sedang menuruni laluan Gunung Kinabalu.
Gambar kanan: Kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun sedang menuruni laluan Gunung Kinabalu.

Si cilik 'steady' daki Gunung Kinabalu

12 Dec 2023 09:59am

KOTA KINABALU - Keletah bersahaja seorang pendaki cilik melalui laluan mencabar untuk ke Gunung Kinabalu menarik perhatian warganet selepas dua videonya tular di aplikasi TikTok.

Video pertama berdurasi 27 saat memaparkan aksi kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun itu sedang mendaki laluan bertangga untuk ke Laban Rata.

Video yang dimuat naik pada Ahad oleh pemilik akaun MRK_RANAU 2021 turut memaparkan beberapa pendaki dewasa sedang menaiki dan menuruni laluan berkenaan berhenti seketika untuk memberi laluan kepada kanak-kanak tersebut.

Pendaki cilik kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun menarik perhatian pendaki dewasa lain ketika sedang melalui laluan ke Gunung Kinabalu dengan bersahaja tanpa digendong oleh penjaganya.
Pendaki cilik kanak-kanak berusia lingkungan enam tahun menarik perhatian pendaki dewasa lain ketika sedang melalui laluan ke Gunung Kinabalu dengan bersahaja tanpa digendong oleh penjaganya.



Dalam video itu turut disertakan kapsyen memuji kanak-kanak tersebut comel tanpa digendong oleh penjaganya.

Sementara itu, menerusi video kedua berdurasi 15 saat yang dimuat naik pada Isnin menunjukkan kanak-kanak itu sedang menuruni laluan dalam keadaan bersahaja.

"Next day (hari berikutnya), dia turun masih 'steady'!! Bawa beg sendiri," tulis pemilik akaun sama dalam video tersebut.

Gunung Kinabalu dengan ketinggian mencecah 4,095 meter dari aras laut merupakan puncak tertinggi Asia Tenggara mempunyai laluan yang mencabar untuk tiba di Laban Rata serta ke puncak gunung.

Ada beberapa kejadian pendaki dewasa gagal menamatkan pendakian disebabkan cedera atau mengalami gangguan kesihatan disebabkan sindrom akut gunung (AMS).

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp