Semarak Jiwa Merdeka - REPLIKA WAU MERDEKA BERSAIZ GERGASI SK PANTAI REMIS, PERAK (Gambar 3)
Semarak Jiwa Merdeka - REPLIKA WAU MERDEKA BERSAIZ GERGASI SK PANTAI REMIS, PERAK (Gambar 3)

SK Pantai Remis teruskan tradisi tahunan, anjurkan sambutan kemerdekaan walaupun secara dalam talian

Roshlawaty Md Raieh
09 Sep 2021 10:19pm
A
A
A

Sambutan kemerdekaan Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai Remis, Perak, pada tahun ini tetap diadakan dengan meriah walaupun sekadar dalam talian.

Guru Besarnya, Ahmad Fauzi Mohd Zain berkata, sambutan tersebut merupakan tradisi sekolah dan ia akan tetap diadakan setiap tahun walaupun medium penganjurannya berbeza.

“Pendekatan secara maya atau hybrid ini telah kita bincangkan lebih awal bersama guru-guru yang berkaitan.

“Alhamdullilah, program telah mencapai objektif dan mendapat perhatian dan pujian komuniti setempat,” katanya kepada GPSBestari.

Beliau berkata, Kempen Kibar Jalur Gemilang - Semarak Jiwa Merdeka itu berlangsung pada 1 Ogos lalu hingga 16 September ini.

“Seramai 344 murid daripada kira-kira 200 keluarga SK Pantai Remis terlibat dalam program kemerdekaan ini.

“Manakala guru-guru pula, sekitar 30 orang berganding bahu bagi menjayakan program ini agar segala-galanya berjalan dengan lancar.

“Tidak terkecuali, wakil-wakil PIBG yang turut bekerjasama bagi merealisasikan program tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, sambutan bulan kemerdekaan SK Pantai Remis bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik dalam kalangan murid dan warga sekolahnya.

Selain itu ia juga untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan tahun ini dalam suasana norma baharu dan sebagai menghargai serta menyanjung tinggi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tanahair.

Pelbagai acara telah diadakan bersempena sambutan bulan kemerdekaan ini, antaranya, Pelancaran Bulan Kemerdekaan (1 Ogos), Sambutan Semarak Jiwa Merdeka dan Di Ambang Merdeka (2 hingga 30 Ogos), Kibaran Jalur Gemilang (31 Ogos - setiap rumah murid) dan penutupan Bulan Kemerdekaan dan Sambutan Hari Malaysia (16 September).

Di samping itu, acara-acara sampingan lain turut diadakan seperti pertandingan deklamasi sajak kemerdekaan, pertandingan mencipta video bertemakan kemerdekaan, pertandingan kuiz dan bercerita tentang kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik, majlis bacaan yassin dan hiasan Jalur Gemilang.

Dalam pada itu, Cikgu Ahmad Fauzi bersama tiga rakan guru turut berganding bahu menghasilkan wau gergasi dan orang-orang seterusnya menempatkannya di padang sekolah.

“Kami mengambil masa selama empat hari untuk menyiapkan wau gergasi yang bersaiz lima meter lebar dan enam meter tinggi ini.

“Tujuannya untuk menghidupkan suasana kemerdekaan dengan cara tersendiri. Namun, saya dan guru-guru lain tidak menyangka bahawa cara tersebut telah menarik perhatian murid dan ibu bapa yang tinggal berhampiran dengan sekolah.

“Walaupun melihatnya dari jauh, mereka begitu teruja menyaksikan wau gergasi dan orang-orang seolah-olah kedua-duanya ‘seakan hidup’ dan sedang bermain wau,” ujarnya.

Sambung Cikgu Ahmad Fauzi lagi, ada kalangan ibu bapa yang datang ke sekolah semasa mengambil dan menghantar tugasan PdPR anak turut melahirkan rasa kagum dengan apa yang pihak sekolah lakukan.

Baca juga Bersaing dengan 63,000 pemohon, gadis berasal dari Kelantan ini antara yang terpilih untuk biasiswa Chevening 21/22!

Baca juga Ibu bapa boleh bantu anak bina komputer sendiri, guna 5 komponen ini sahaja

SK Pantai Remis terletak dalam kawasan Kampung Indah, Pantai Remis iaitu dalam Mukim Pengkalan Baharu dan sekolah ini di namakan sempena nama Pekan Pantai Remis.

Ia mula beroperasi secara rasminya pada 1991 dengan hanya terdapat sebuah bangunan tiga tingkat, sebuah kantin dan sebuah padang serba guna untuk sukan bola sepak, bola jaring, bola baling dan olahraga.

Murid-murid SK Pantai Remis terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal di sekitar pekan kecil Pantai Remis seperti dari Jalan Hj Ali, Kg Indah, Rumah Murah, Kg Kelantan, Taman Bintang dan Sekitar Kg Batu 52.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Selain itu, ada juga murid-murid yang ibu bapa mereka bekerja dengan jabatan-jabatan kerajaan yang terdapat di sekitar kawasaan Pantai Remis seperti balai polis, klinik kesihatan, bomba dan sebagainya.

Majoriti pekerjaan ibu bapa dan penjaga murid merupakan nelayan pesisir pantai.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok