harrison-broadbent-ING1Uf1Fc30-unsplash (1)
harrison-broadbent-ING1Uf1Fc30-unsplash (1)

Ibu bapa boleh bantu anak bina komputer sendiri, guna 5 komponen ini sahaja

Mohd Khairi Mohamad Yusri
02 Sep 2021 12:54pm
A
A
A

Sejak sesi persekolahan dijalankan secara PdPR, ramai ibu bapa terpaksa membeli peranti untuk kegunaan pembelajaran anak-anak mereka.

Oleh kerana itu, permintaan terhadap komputer meningkat dengan sangat mendadak melebihi penawaran yang ada menyebabkan harga yang ditawarkan menjadi lebih tinggi.

Bayangkan pada tahun 2019, sebuah komputer riba baru boleh didapati dengan harga serendah RM1,200. Tapi kini harganya melonjak naik sehingga RM1,700 bagi model yang sama.

Alternatif lain yang boleh diambil oleh ibu bapa adalah membina komputer sendiri kerana ianya lebih murah. Oleh itu, hari ini GPSBestari ingin berkongsi 5 komponen yang perlu ada untuk membina komputer sendiri.

Motherboard

Motherboard adalah papan litar utama komputer anda dan juga dikenali sebagai mainboard atau logic board. Ia merupakan komponen yang paling utama bagi memastikan komunikasi di antara semua komponen lain berlaku dengan sempurna.

Di dalam motherboard, anda akan menemui slot untuk CPU, ROM, RAM, PCI, dan juga port USB.

Cip pemprosesan (CPU)

CPU adalah komponen yang paling utama di dalam computer. Ia dibina dengan meletakkan berbilion transistor mikroskopik ke satu cip. Transistor tersebut membolehkannya membuat pengiraan yang diperlukan untuk menjalankan program yang disimpan di memori sistem komputer.

Antara pengeluar cip pemprosesan utama di dunia adalah Intel dan juga AMD.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Random Access Memory (RAM)

RAM juga merupakan antara salah satu komponen terpenting dalam menentukan prestasi komputer anda. RAM memberi aplikasi tempat untuk menyimpan dan mengakses data dalam jangka pendek. Ia menyimpan maklumat yang digunakan komputer anda secara sementara supaya aplikasi atau program yang dibuka (atau ditutup) dapat dilakukan dengan cepat.

Jadi, semakin banyak program yang dijalankan, semakin banyak RAM yang diperlukan.

Storan penyimpanan

Perkakasan ini juga antara perkara yang wajib ada ketika membuat komputer sendiri. fungsinya adalah untuk menyimpan segala data yang dibuat. Terdapat dua jenis storan penyimpanan yang ada di pasaran pada masa kini, iaitu Pemacu Keadaan Pepejal (SSD) atau Pemacu Cakera Keras (HDD)

Baca juga: MacGyver Malaysia tidak pernah sunyi mereka cipta, inspirasi anak muda untuk terus kekal berinovasi

Baca juga: Kolaborasi kreatif guru secara maya, semarakkan semangat patriotisme murid

Secara ringkasnya, HDD menawarkan ruang penyimpanan yang lebih banyak, dengan harga yang lebih murah. SSD pula walaupun harganya lebih mahal, ia adalah tetap berbaloi kerana mempunyai kelajuan memuat data yang jauh lebih cepat berbanding HDD

Unit bekalan kuasa(PSU)

PSU adalah sebuah komponen yang menukar kuasa AC dari plug utama ke kuasa DC terkawal voltan rendah untuk komponen komputer. Percayalah, jika anda terus menyambungkan komputer anda ke punca kuasa tanpa melalui PSU, komputer anda akan serta merta terbakar, malah perbuatan ini juga mungkin akan membuatkan rumah anda turut terbakar.

Kebanyakan PSU masa kini menggunakan mod suis bekalan kuasa secara automatik menyesuaikan diri dengan voltan utama. Namun ada juga PSU yang mempunyai suis manual untuk memilih voltan dan dinasihatkan untuk tidak suka-suka menukar suis tersebut untuk mengelakan komputer anda terbakar.

Kotak komputer (Computer Casing)

Juga dikenal sebagai komputer chassis, tower, atau unit sistem. Berbeza dengan semua komponen yang disebutkan di atas, kotak komputer bukanlah sebuah komponen perlu ada bagi memastikan komputer dapat dihidupkan.

Namun begitu, ia juga perlu ada untuk sebuah komputer bagi melindungi komponen-komponen yang ada di dalamnya.

Diharapkan perkongsian ini dapat membantu ibu bapa memilih komponen-komponen yang penting untuk membuat sebuah komputer bagi kegunaan pelajaran anak-anak.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok