Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika Sesi Soal Jawab Parlimen. Kredit foto; Facebook Fadhlina Sidek.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek ketika Sesi Soal Jawab Parlimen. Kredit foto; Facebook Fadhlina Sidek.

SMPC bukan isu yang harus diberikan tumpuan - KPM

FIRDAUS HANAFI MOHD ZAIN
22 Feb 2023 11:20am
A
A
A

Kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan (KPM) tidak memberikan pengiktirafan kepada Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, KPM tidak melihat isu ini sebagai satu keutamaan untuk diberikan tumpuan.

Jelas beliau lagi, pendirian KPM adalah berdasarkan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan perutukan Akta Pendidikan 1996.

“Sehingga kini KPM tidak mengiktiraf UEC yang dilaksanakan di SMPC itu.

“Pendirian ini dibuat kerana KPM berpegang teguh pada Dasar Pendidikan Kebangsaan serta berdasarkan peruntukan dalam Akta pendidikan 1996,” ujarnya pada sesi soal jawab di Parlimen baru-baru ini.

Selain itu menurut Fadhlina, KPM juga tidak mempunyai kewajipan untuk memberikan sebarang bentuk bantuan kepada SMPC.

Tambah beliau, SMPC tidak berada dalam kategori sekolah yang layak menerima bantuan peruntukan daripada KPM.

“KPM hanya menyalurkan peruntukan kepada kategori institut pendidikan yang berada di bawah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

Artikel Berkaitan:

“Dalam konteks ini SMPC bukan sebahagian daripada institut pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukan di bawah Seksyen 16 Akta 550.

“Oleh itu KPM tiada keperluan untuk memperuntukkan sebarang sumbangan modal atau sumbangan bantuan penuh kepada SMPC,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok