Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

5 SOP pengendalian aduan kes buli di institut pendidikan KPM

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
16 Nov 2023 02:09pm

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi kesedaran murid bagi mencegah gejala buli yang berlaku di sekolah.

Justeru, pelaksanaan Garis Panduan Pengurusan Salah Laku Buli di institusi pendidikan bawah KPM perlu dijadikan rujukan kepada semua pihak berkepentingan bagi menjelaskan kefahaman tentang salah laku gejala ini dan implikasinya serta peranan masing-masing dalam pengurusan salah laku buli terutamanya terhadap pembuli dan mangsa.

Melihat kepada tahap kepentingan isu ini untuk terus diberi perhatian, Sinar Bestari kongsikan prosedur operasi standard (SOP) pengendalian aduan kes buli di bawah institut pendidikan KPM agar dapat dijadikan rujukan kepada semua pihak berkepentingan.

Jom kita lihat.

1) Menghubungi ibu bapa atau penjaga murid yang terlibat iaitu pelaku dan mangsa.

2) Menghantar dan mengiringi murid yang terlibat ke klinik atau hospital kerajaan/One Stop Crisis Centre (OSCC) yang berdekatan untuk pemeriksaan fizikal sekiranya murid itu mengalami kecederaan fizikal atau gangguan emosi.

3) Memastikan aduan salah laku murid yang diterima, direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

4) Memastikan laporan awal dilengkapkan menurut Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 7 tahun 2-11: Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 iaitu Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid 1 hari aduan, 3 hari siasatan dan 7 hari penyelesaian.

Artikel Berkaitan:

5) Mengemukakan laporan awal kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta laporan awal kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan KPM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp