Gambar hiasan.

Kredit foto: NSTP
Gambar hiasan. Kredit foto: NSTP

SOP urus pelajar bergelaja Covid-19

AZLEENDA SAHALUDIN

AZLEENDA SAHALUDIN
19 Dec 2023 10:54am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi peringatan kepada semua institusi pendidikan di bawahnya termasuk institusi swasta yang berdaftar agar terus mematuhi prosedur operasi standard (MySOP) bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Memetik surat peringatan yang dikeluarkan, KPM masih menekankan aspek keselamatan murid termasuk memastikan pengurusan pelajar bergejala dan positif Covid-19 dilaksanakan dengan lebih teratur dan lancar.

“KPM mengambil perhatian serius tentang kenyataan rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam Sidang Media Khas Berhubung Status Covid-19 di negara ini.

“Justeru, semua institusi pendidikan dikendaki merujuk Tatacara Pengurusan Murid Bergejala dan Positif Covid-19 di Institusi Pendidikan Bawah KPM,” katanya seperti dipetik melalui surat peringatan KPM yang dikeluarkan pada Isnin.

Berikut Sinar Bestari kongsikan Tatacara Pengurusan Murid Bergejala dan Positif Covid-19 di Institusi Pendidikan Bawah KPM untuk rujukan.

1) Menyediakan bilik isolasi sama ada bilik kesihatan, sakit atau bilik-bilik lain yang bersesuaian bagi menempatkan pelajar bergejala atau positif Covid-19 secara berasingan sebelum mendapatkan rawatan.

2) Memberi penerangan dan pendidikan berterusan kepada pelajar, guru, warga institusi pendidikan dan ibu bapa atau penjaga mengenai penularan jangkitan penyakit Covid-19.

3) Memberikan taklimat keselamatan kepada pihak penyedia perkhidmatan sokongan serta membuat penegasan supaya sentiasa mematuhi SOP pencegahan penularan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

4) Mengambil tindakan segera terhadap pelajar bergejala seperti:

a) Mengasingkan mereka di bilik isolasi.

b) Melaksanakan ujian kenduri.

i) Jika positif rujuk perkara 5.

ii) Jika negatif, pelajar boleh menjalani aktiviti harian seperti biasa tetapi perlu mengamalkan langkah-langkah penjagaan seperti menggalakkan pemakaian pelitup muka, mengelakkan berada di tempat sesak dan mengelakkan interaksi dengan kumpulan berisiko tinggi.

c) Memantau dan mengawal pergerakan pelajar.

d) Menggalakkan guru atau individu yang mengurus pelajar bergejala memakai pelitup muka dan sarung tangan pakai buang, menjaga penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan.

5) Mengambil tindakan segera terhadap pelajar disahkan positif Covid-19 seperti berikut:

a) Mengasingkan mereka di bilik isolasi.

b) Menghubungi ibu bapa atau penjaga.

c) Memastikan guru atau individu yang mengurus pelajar bergejala memakai pelitup muka dan sarung tangan pakai buang, menjaga penjarakan fizikal serta kerap mencuci tangan.

d) Memantau dan mengawal pergerakan pelajar.

e) Bagi murdi harian, ahli keluarga perlu dimaklumkan untuk menjemput pelajar dari institusi pendidikan dengan menggunakan kenderaan sendiri.

f) Bagi pelajar asrama harian dan asrama sepenuhnya, perlu menjalani pengasingan di bilik isolasi asrama institusi pendidikan dan dibenarkan pulang menjalani pengasingan di rumah dengan permohonan dan oersetujuan ibu bapa. Tempoh pengasingan adalah berdasarkan ketetapan KKM.

g) Melaporkan kepada pejabat pendidikan daerah (PPD) dengan segra.

h) Menguruskan makanan dan minuman pelajar yang diasingkan di asrama.

i) Memantau kesihatan pelajar asrama dua kali sehari dan segera menghubungi Covid-19 Assessment Centre (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (klinik kesihatan atau hospital) berhampiran atau talian 999 untuk bantuan kecemasan sekiranya keadaan mereka bertambah teruk.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok