Kegembiraan jelas terbayang di wajah pelajar kelas belakang ini apabila mendapat keputusan cemerlang SPM 2023.
Kegembiraan jelas terbayang di wajah pelajar kelas belakang ini apabila mendapat keputusan cemerlang SPM 2023.

SPM 2023: Pelajar kelas belakang dapat 6A 2B, ramai tak percaya!

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
28 May 2024 04:55pm
A
A
A

Terkejut dan terus memeluk ibu!

Demikian reaksi spontan seorang pelajar kelas belakang apabila menerima keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di sebuah sekolah pada Isnin.

Menerusi video di TikTok perkongsian @cikgunayli, pelajar itu dikatakan mendapat 6A dan 2B dalam peperiksaan tersebut.

Cikgu Nayli berkata, pelajar kelas belakang turut berpeluang untuk berjaya jika mereka rajin berusaha dalam pelajaran.

"Apa yang orang luar kata tidak akan menentukan masa depan kita. Tapi diri kita yang perlu usaha untuk berjaya," tulis beliau.

Terdahulu, pelajar hebat ini mengambil keputusan daripada seorang guru lantas terkejut sebaik melihat slip SPM miliknya.

Dia terus bangun dan memeluk rakan-rakan yang berada berhampiran dan kemudian memeluk seorang wanita yang dipercayai ibunya.

Meninjau ke ruangan komen di TikTok, warga maya menitipkan ucapan dan doa kepada pelajar kelas belakang ini agar semuanya dipermudahkan.

Artikel Berkaitan:

“Cikgu kelas belakang hadir. Semoga adik terus maju jaya dunia akhirat,” kata Norsalawatiabmaji.

“Tahniah. Jangan pandang rendah dengan budak kelas belakang. Saya pernah dipulau dari kelas belakang ke kelas depan. Tapi tak bermakna orang kelas belakang tak mampu buat lebih dari kelas depan. Saya dan anda mampu lakukan,” ujar athi144.

“Tak semestinya kelas paling belakang tak boleh berjaya, cuma nak tak nak sahaja. Tahniah dik dan teruskan usaha anda. Masih panjang lagi perjalananmu untuk masa depan yang cerah,” catat Cikfanim0493.

“Saya salah sorang pelajar kelas belakang, alhamdulillah sekarang sambung ijazah bidang pendidikan, yang penting jangan jadikan kelas belakang sebagai alasan kita tak perlu berusaha sehingga berjaya,” tutur Simunjan.

“Bukan kira kelas belakang atau depan. Kalau betul-betul usaha pasti berjaya. Paling penting tak pernah mengalah. Syabas adik. Awak dah buktikan awak boleh,” ujar TieHa Muda.

“Maknanya dia sungguh-sungguh dan tekad. Tittle kelas belakang bukanlah penghalang,” jelas Yayaa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok