Mohd Azam berkata, adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk terus memastikan sekolah berada dalam keadaan kondusif.
Mohd Azam berkata, adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk terus memastikan sekolah berada dalam keadaan kondusif.

Sumbangan kepada sekolah perlu ikut garis panduan - Ketua Pengarah Pendidikan

15 Sep 2025 10:32am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan semua bentuk sumbangan termasuk tajaan penyaman udara untuk sekolah perlu mematuhi garis panduan sedia ada bagi memastikan penyaluran yang teratur dan keselamatan warga sekolah.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, KPM mengambil perhatian hantaran tular di media sosial melibatkan seorang pempengaruh berkait tajaan penyaman udara untuk sebuah sekolah di Putrajaya.

"Sekian lama, KPM telah menjalin kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk syarikat korporat, yayasan dan orang perseorangan untuk tujuan penyelenggaraan institusi pendidikan.

"Walau bagaimanapun, ia perlu dilakukan berdasar kepada garis panduan sedia ada bagi memastikan proses penyaluran sumbangan yang teratur dan keselamatan sekolah," katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, KPM mengambil tanggungjawab penuh dalam memastikan sekolah adalah selamat dan selesa untuk semua warga sekolah.

Ujarnya, adalah menjadi tanggungjawab pentadbir sekolah untuk terus memastikan sekolah berada dalam keadaan kondusif.

"Berkenaan dengan situasi di sekolah berkenaan, ia berada dalam tindakan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPWPP). KPM telah menyediakan peruntukan bagi selenggara dan tambah baik fasiliti institusi pendidikan JPWPP," katanya.

Beliau berkata, KPM sentiasa berusaha untuk memastikan infrastruktur dan fasiliti terbaik dapat disediakan demi manfaat murid, guru dan seluruh warga pendidikan.

Artikel Berkaitan:

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp