pelajar ua lepasan diploma tahfiz mohon Tajaan skim tahfiz kepada pelajar universiti awam dibuka hari ini
pelajar ua lepasan diploma tahfiz mohon Tajaan skim tahfiz kepada pelajar universiti awam dibuka hari ini

Tajaan skim tahfiz kepada pelajar universiti awam dibuka

Rasyidah Zulkifi
31 Mar 2022 02:10pm
A
A
A

Tawaran Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi penuntut universiti awam (UA) dalam negara telah dibuka, baru-baru ini.

Permohonan tersebut tertakluk kepada pelajar ijazah sarjana muda, sarjana atau Doktor Falsafah (PhD) yang berada di semester dua.

Calon yang mengikuti sesi pengajian 2021/2022 boleh membuat permohonan.

Baca juga

Peruntukan RM40 juta bantu operasi maahad tahfiz

Program tahfiz lahirkan graduan dwifungsi, lepasan SPM ambil maklum permohonan 25 Mac ini

Pelajar yang layak membuat permohonan termasuk mereka yang mengikuti Pengajian Islam, Qiraat, Sains, Sastera, Kejuruteraan, Teknologi, Pergigian, Perubatan, Farmasi, Ekonomi, Optometri dan Undang-Undang.

Pelajar yang tidak layak memohon adalah penjawat awam, pelajar yang sedang mengikuti program Pengajian Jarak Jauh (PJJ), mengikuti kursus peringkat prauniversiti atau Tahfiz al-Quran dan pemohon yang telah mendapat tajaan atau biasiswa daripada mana-mana badan pembiaya.

Pengecualian diberikan kepada penerima Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) atau mana-mana agensi pinjaman pendidikan.

Sekiranya ingin mendapatkan SPH calon mestilah warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun bagi peringkat sarjana muda.

Pemohon juga tidak boleh melebihi umur 30 tahun bagi peringkat ijazah lanjutan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Permohonan hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang http://sph.islam.gov.my.

Tarikh tutup tawaran SPH adalah pada 11 April depan.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok