Program tahfiz lahirkan graduan dwifungsi, lepasan SPM ambil maklum permohonan 25 Mac ini
Program tahfiz lahirkan graduan dwifungsi, lepasan SPM ambil maklum permohonan 25 Mac ini

Program tahfiz lahirkan graduan dwifungsi, lepasan SPM ambil maklum permohonan 25 Mac ini

Rasyidah Zulkifi
14 Mar 2022 12:43pm
A
A
A

Bagi pelajar aliran agama, mereka mempunyai masa depan yang cerah melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Pensijilan tahfiz Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) merupakan program yang layak disambung oleh semua lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mengambil jurusan berkenaan.

Inisiatif tersebut merupakan kerjasama Jakim dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi melahirkan profesional Islam yang hafiz al-Quran sesuai dengan keperluan ummah dan negara.

Baca juga

Hala tuju pelajar sekolah tahfiz cerah

Maahad Tahfiz Sains Teknikal Kedah bakal dibangunkan. Gabung elemen tahfiz, sains dan teknikal

Program kolaborasi tersebut menawarkan banyak kebaikan kepada diri calon secara holistik merangkumi aspek dunia dan akhirat.

Merujuk kenyataan UIAM, ramai graduan pada zaman moden kurang kepakaran bersifat dwifungsi seperti kemahiran insaniah.

“Justeru, program ini bertujuan untuk mempersiapkan pelajar bagi menghadapi situasi dan cabaran yang mendatang khususnya di era globalisasi yang penuh dengan tribulasi.

“Kebanyakan bekas pelajar program pensijilan tahfiz al-Quran JAKIM – IIUM bukan sekadar berjaya dalam karier dan bidang masing-masing, namun mereka juga mampu menjadi pemimpin masyarakat di dalam solat, majlis-majlis keagamaan dan sebagainya,” rujuk kenyataan itu.

Selain itu, pelajar lepasan SPM juga berpeluang menghafaz al-Quran sebanyak 30 juzuk dalam masa singkat.

Menurut Jakim, calon yang berkelayakan sahaja akan disenarai pendek dan dipanggil temu duga.

“Mereka berpeluang mempelajari ayat suci berulang kali supaya kekal dalam ingatan bagi tempoh tiga semester atau setahun.

“Di samping menelaah subjek-subjek yang lain seperti Fiqh Al- ‘Ibadah, Bahasa Arab, Tajwid ‘Ilmi, Tajwid ‘Amali, Adab Hamalah al-Qur’an, ‘Aqidah dan Bahasa Inggeris,” katanya.

Antara kebaikan lainnya adalah calon program pensijilan tahfiz al-Qur’an JAKIM – IIUM bakal menerima elaun khas Kerajaan Persekutuan.

Seterusnya, tempat pengajian pemohon juga terjamin di UIAM jika mereka menetapkan prasyarat kelayakan dengan menjadikan universiti tersebut sebagai pilihan utama dalam UPUOnline.

Sekiranya mereka berjaya menamatkan program tahfiz di Jakim, pelajar akan ke UIAM Gambang, Pahang bagi meneruskan pengajian di peringkat asasi.

Ini bermakna mereka mendapat laluan khas bagi menyambung di peringkat ijazah sarjana muda tanpa perlu melalui program diploma dan setaraf dengannya.

Bagi calon yang berminat hendaklah mengisi borang dengan lengkap secara dalam talian melalui pautan https://bit.ly/3sud2Kx (????? ??????? ????????? ?????????? ?????? ??-????? ?????-????) sebelum tarikh tutup pada 7 April depan.

Semakan keputusan layak temu duga boleh dibuat di laman sesawang https://www.darulquran.gov.my/ mulai 13 April.

Syarat-syarat permohonan termasuk calon mestilah bumiputera, bujang, lulus SPM tahun semasa dengan mendapat minima gred A- bagi mata pelajaran Matematik.

Selain itu, memperoleh minima gred B bagi semua mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Tasawwur Islam, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah, Usuluddin, Turath al-Quran dan Sunnah, Al-Syariah, Manahij al-‘Ulum al-Islamiah, Turath Dirasat Islamiah, Maharat al-Quran dan Manahij Ulum al- Islamiyah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok 

Bagi mata pelajaran Biologi, Fizik, Kimia dan Matematik Tambahan, pemohon perlu mendapatkan minima gred 2B dan 1C+ .

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi hubungi Seksyen Kemasukan, Biasiswa dan Graduasi, Darul Quran Jakim di talian: 03-60635323 / 03-60635349 / 03-60635351 / 03-60635374.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok