Tawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarang
Tawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarang

Tawaran biasiswa PIDM dibuka, pelajar sarjana muda boleh mohon sekarang

Rasyidah Zulkifi
27 Mar 2022 07:46am
A
A
A

Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) telah membuka tawaran pembiayaan pendidikan di bawah Program Biasiswa Sarjana Muda, baru-baru ini.

Permohonan terbuka kepada bakal pelajar atau pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta yang memerlukan bantuan sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

Baca juga

Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal negeri Perak kepada pelajar sekolah menengah sudah dibuka!

Tawaran Biasiswa Perguruan Persekutuan ISMP 2022 dibuka minggu ini, ISM dengan pendidikan juga boleh mohon

Penerima biasiswa PIDM akan mendapat bantuan yuran dan elaun pendidikan sehingga maksimum RM30,000 setahun berserta elaun minimum RM500 sebulan bagi setiap individu.

Elaun bahan sokongan pembelajaran sehingga RM4,000 setahun akan diberikan termasuk komputer, buku, alat tulis, dan bahan lain bagi setiap semester.

Mereka tidak perlu membayar balik wang pembiayaan anugerah biasiswa yang diberikan dan juga tidak akan terikat untuk berkhidmat dengan PIDM.

Calon yang memerlukan dermasiswa untuk menyambung sarjana muda boleh mohon biasiswa PIDM.

Hanya 20 pemohon berjaya akan mendapatkan biasiswa PIDM bagi mengikuti pengajian sehingga empat tahun di IPT tempatan.

Syarat-syarat Kelayakan

Permohonan dibuka hanya kepada semua warganegara Malaysia di bawah umur 25 tahun pada 1 Januari 2022 yang sudah melengkapkan kursus prauniversiti atau sedang dalam semester terakhir kursus.

Pemohon mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekurang-kurangnya 5A dengan kredit dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setara dengan A-Levels (minimum 2A).

Bagi keputusan asasi, matrikulasi atau diploma calon hendaklah mencapai Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) sebanyak 3.50 dan ke atas.

Pemilihan penerima biasiswa PIDM akan mengutamakan pemohon yang tidak menerima sebarang bantuan kewangan.

Sekiranya dipilih menjadi penerima biasiswa PIDM, mereka dikehendaki mengekalkan PNGK sekurang-kurangnya 3.00 atau ‘Kelas Kedua Atas’ dalam peperiksaan akhir.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Kaedah Permohonan

Pendaftaran hendaklah dibuat secara dalam talian melalui laman sesawang https://scholarship.pidm.gov.my/en/secure/sign-up/.

Permohonan mestilah dilengkapkan berserta dengan semua dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 22 April 2022.

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok