KPM memaklumkan semua pelajar yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun.
KPM memaklumkan semua pelajar yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun.

Tawaran kemasukan Tingkatan Enam boleh disemak mulai esok

18 May 2025 09:48pm

Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi pelajar yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 hingga 25 Mei ini manakala keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah sama pada 3 Jun.

"Mulai 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

"Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu sains dan sains sosial," menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam mulai 19 hingga 25 Mei ini.

"Keputusan kemasukan ke program ini boleh disemak pada 3 Jun melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/," menurut KPM.

KPM memaklumkan semua pelajar yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp