Buli bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal pelajar tetapi juga menghalang perkembangan akademik dan sosial mereka. Gambar kecil: Lee Lam Thye
Buli bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal pelajar tetapi juga menghalang perkembangan akademik dan sosial mereka. Gambar kecil: Lee Lam Thye

Tiada toleransi terhadap buli di institusi pendidikan

11 Nov 2024 02:40pm

Buli kekal sebagai isu berterusan di sekolah, universiti, dan institusi pembelajaran di seluruh dunia.

Menurut Pengasas dan Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Dr Lee Lam Thye, persekitaran pendidikan harus menjadi ruang yang selamat dan inklusif, di mana pelajar dapat belajar, berkembang dan maju tanpa rasa takut.

Katanya, buli, dalam apa jua bentuk sama ada fizikal, verbal, emosi, atau siber boleh menyebabkan kesan buruk yang berpanjangan kepada individu dan komuniti secara keseluruhan.

Beliau menyeru pendekatan tanpa toleransi terhadap buli dan menggesa tindakan segera untuk menangani isu ini.

Kesan buruk buli

Lee Lam Thye berkata, buli bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal pelajar tetapi juga menghalang perkembangan akademik dan sosial mereka.

“Penyelidikan menunjukkan bahawa mangsa buli sering mengalami kebimbangan, kemurungan dan prestasi akademik yang rendah.

“Ia juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mencederakan diri sendiri dan masalah kesihatan mental lain.

Artikel Berkaitan:

“Budaya buli merosakkan seluruh persekitaran pendidikan, mewujudkan suasana tidak mesra dan tidak selamat yang menjejaskan semua pelajar, guru dan kakitangan,” katanya dalam satu kenyataan.

No Image Caption

Langkah menangani buli di institusi pendidikan

Terdapat enam langkah yang dicadangkan Lee Lam Thye berkenaan isu buli institusi pendidikan.

Ia terdiri daripada:

1) Dasar anti-buli yang jelas

Setiap institusi harus melaksanakan dan menguatkuasakan dasar anti-buli tegas, yang mentakrifkan apa yang dikira sebagai buli dan menyatakan akibat daripada tingkah laku sedemikian. Dasar ini mesti disampaikan dengan jelas kepada semua pelajar, ibu bapa dan kakitangan.

2) Program pendidikan dan kesedaran menyeluruh

Sekolah dan universiti perlu mengintegrasikan program anti-buli dan pembangunan empati dalam kurikulum mereka.

Program ini dapat membantu pelajar mengenal pasti buli, memahami kesannya dan mempelajari cara bertindak dengan betul jika mereka menyaksikan atau mengalaminya.

3) Latihan untuk pendidik dan kakitangan

Guru, pentadbir dan kakitangan lain perlu dilatih untuk mengenal pasti, mencegah dan bertindak terhadap buli.

Ini termasuk memahami tanda-tanda buli, menyokong pelajar yang terjejas dan menggalakkan budaya inklusi dan hormat dalam kelas serta di kampus.

No Image Caption

4) Mekanisme pelaporan dan sistem sokongan

Institusi pendidikan perlu menyediakan saluran yang selamat dan mudah diakses bagi pelajar untuk melaporkan kejadian buli.

Ini boleh termasuk sistem pelaporan tanpa nama dan kaunselor yang ditugaskan untuk memberi sokongan kepada mereka yang terkesan.

Institusi harus memastikan siasatan dan penyelesaian kes yang dilaporkan dilakukan dengan cepat.

5) Menggalakkan campur tangan rakan sebaya

Penyelidikan menunjukkan bahawa memperkasakan rakan sebaya untuk mengambil tindakan apabila menyaksikan buli boleh mengurangkan kejadian buli dengan ketara.

Sekolah harus menggalakkan pelajar untuk bersuara, melaporkan kejadian buli dan menyokong rakan-rakan mereka, membantu membina budaya hormat serta tanggungjawab bersama.

6) Kerjasama dengan ibu bapa dan komuniti

Menangani buli memerlukan penglibatan ibu bapa, penjaga dan komuniti.

Sekolah perlu melibatkan keluarga melalui bengkel dan sesi maklumat, mendidik mereka tentang tanda-tanda buli dan cara menyokong anak-anak dalam situasi yang sukar.

No Image Caption

Kesimpulannya, Lee Lam Thye berkata, institusi pendidikan buli tidak mempunyai tempat di institusi pendidikan di negara ini.

"Alliance for a Safe Community berdiri teguh menentang semua bentuk buli dan akan terus memperjuangkan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan inklusif.

"Kami menyeru pihak berkuasa pendidikan, pembuat dasar dan masyarakat untuk mengambil langkah segera ke arah mengakhiri buli dan memastikan semua pelajar dapat belajar dalam suasana yang menyokong dan bebas daripada ketakutan,” ujarnya lagi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp