Sara Effa bergambar kenangan bersama bapanya ketika Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2023 di SMK Putrajaya Presint 6 (1).
Sara Effa bergambar kenangan bersama bapanya ketika Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2023 di SMK Putrajaya Presint 6 (1).

Tidak pernah lulus Matematik, dorong semangat raih keputusan cemerlang SPM 2023

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
27 May 2024 02:04pm
A
A
A

Tidak pernah mendapat keputusan lulus dalam subjek Matematik sejak dari sekolah rendah telah mendorong semangat dan ketekunan Sara Effa Mohd Yusnizam untuk belajar bersungguh-sungguh.

Akhirnya, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 itu berjaya mendapat keputusan yang bukan sahaja cemerlang tetapi meraih lulus bagi subjek yang dianggap susah tersebut.

“Alhamdulillah, saya memang tak sangka dan gembira kerana keputusan ini adalah bukti kesungguhan saya mengulang kaji pelajaran.

“Apa yang paling saya takuti juga akhirnya hilang dan bersyukur kerana subjek Matematik yang dahulunya tak pernah lulus tapi SPM sebenar, saya mendapat gred C,” katanya ketika ditemui Sinar Bestari ketika Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2023 pada Isnin.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1) itu turut memberitahu, kejayaan tersebut tidak akan dicapai tanpa usaha dan sifat tidak mudah mengalah walaupun perlu membahagi masa di antara pelajaran dan kokurikulum.

Meskipun aktif dalam pasukan kawad kaki sekolah dan peringkat kebangsaan, tidak menjadikan dirinya untuk terus melupakan kepentingan pelajaran.

Sara Effa yang memperoleh keputusan keseluruhan SPM 6A, 2B dan 1C itu memaklumkan, dia banyak mengulang kaji sama ada dengan bertanyakan kepada guru di sekolah, menuntut ilmu di kelas tambahan atau bertanyakan kepada rakan yang pandai untuk memberi tunjuk ajar.

“Saya pegang dengan semangat untuk tidak mudah berputus asa dan kemanisannya dapat dirasai melalui keputusan SPM 2023 hari ini.

“Justeru, dengan keputusan 6A yang diperoleh saya memasang cita-cita untuk menyambung pelajaran dalam bidang Komunikasi Massa dan Pengajian Media (Masscom),” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok