Gambar hiasan
Gambar hiasan

Tuisyen percuma pelajar Tingkatan 3 dan 5 di Sarawak

AZLEENDA SAHALUDIN
29 Dec 2023 04:34pm
A
A
A

Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan peruntukan sebanyak RM15 juta bagi Program Tuisyen Percuma kepada pelajar Tingkatan Tiga dan Lima menjelang tahun 2024.

Ia menunjukkan peningkatan daripada RM10 juta yang diperuntukan pada tahun ini, bagi meningkatkan lagi kemahiran membaca, menulis dan mengira dalam kalangan pelajar sekolah negeri itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Dr Annuar Rapaee menekankan program bagi tahun 2024 akan dilanjutkan kepada pelajar Tingkatan Tiga untuk meningkatkan prestasi negara menerusi Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA).

“Sebelum ini, program tuisyen percuma hanya melibatkan pelajar Tingkatan Lima tetapi kali ini ia akan merangkumi pelajar Tingkatan Tiga.

“Penyesuaian ini adalah langkah proaktif bagi mengatasi penurunan kemahiran pelajar khususnya dalam subjek Matematik, Sains dan membaca,” katanya.

Beliau turut memaklumkan, kedudukan Malaysia pada ketika ini adalah berada di bawah negara-negara Asia lain seperti Vietnam, Kemboja dan Brunei berdasarkan penilaian PISA.

Justeru, beliau menegaskan keperluan untuk pendidik agar mengambil langkah drastik bagi menambahbaik kedudukan Malaysia dengan menyatakan bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan keputusan PISA negara terus merosot dan ia mungkin menghalang daya saing generasi masa depan di peringkat global.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok